Friday, June 3, 2011

Bluetooth

Pada hujung minggu di dalam bulan 2 lalu Sudin, Ajis dan Ramlee pergi berjalan jalan ke Simpang Mengayau di Kudat atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo. Mereka bertiga berasa sangat bertuah kerana berada betul betul di hujung kepulauan Borneo. Dalam fikiran mereka, bukan ramai yang berpeluang untuk menjejakkan kaki di situ. Dengan perasaan bangga mereka berjalan beriringan mengorak langkah ke kawasan batuan yang terhujung sekali di situ. Yakni yang paling hujung Tip Of Borneo.
Snap!! Sudin menangkap gambar laut.
Ajis: Mengapa kau menangkap gambar laut? Macam mana kau nak buktikan yang kita pernah ada di sini? Laut di mana mana kita boleh tangkap gambar.
Sudin: Kamera telefon bimbit aku ada geotag. Di meta data gambar aku ade tercatat sekali lokasi GPS.
Sudin menunjukkan kebijaksanaannya tentang teknologi terkini. Sungguh canggih Sudin.
Ajis:........(Ternganga)
Ramlee:......(Ternganga)
Ajis: Kalau begitu mari tangkap gamba kami berdua. Nanti boleh kami upload ke facebook. Nanti aku tag engkau.
Sudin: Mahu upload terus dari telefon ini pun boleh. Siap dengan lokasi dalam google earth sekali nanti akan terpapar di facebook.
Ajis:......(Ternganga lebih luas)
Ramlee:.....(Ternganga)
Ajis: Wah! Aku sangat berbangga ada kawan yang canggih macam kau. Tangkap gambar kami dengan telefon bimbit canggih kau cepat! Biar kami boleh berbangga dengan gambar kami yang tentunya lain dari sebelum ini.
Ramlee:......(Menganguk anguk kencang)
Snap!!
Sudin: Dah.
Ajis: Nak tengok!
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: Wah, kacak semacam pula kita di dalam telefon canggih ni kan Ramlee?
Ramlee:........(Tersenyum)
Sudin: Nak aku upload terus ke facebook?
Ajis:....(Angguk)
Ramlee:....(Angguk)
Sudin: Alamak, data plan dah tamat tempoh. Kredit pun tak ada ni.
Ajis: Apalah kau ni, harap telefon sahaja canggih. Kredit tak ada. Kalau begitu bluetooth la ke telefon aku ni. Boleh aku buat wallpaper telefon aku.
Sudin: Kan aku dah beritahu, kredit aku tak ada. Macam mana nak bluetooth. Apa pun tak boleh.
Ajis: Ya tak ya juga. Ok lah.. bila kau tambah nilai nanti.
Ramlee:......(Tersenyum)

via BlackBerry® smartphone

0 comments: