Saturday, June 25, 2011

keluhan

dipetik dari mediasiber.com
ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)
KENAPA BERAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)


Jangan Lebih Lajak Daripada Laju


Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.
Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:
“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”.(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.
Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.
Dosa Pahala
Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.
Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.
Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.
Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.
Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)
Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:
“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

- Gambar Hiasan
Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.
Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.
Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”(Riwayat Muslim).
bankruptfinal.jpg
- Gambar Hiasan
Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.
Rahsia
Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.
Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.
Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.
Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

100% dipetik dari blog Dr MAZA

Friday, June 24, 2011

Life

Life is not an iPod to listen to your favourite songs. It's a radio and you must adjust yourself to enjoy whatever comes on it..
via BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 22, 2011

Funny

Funny how love keeps us trying even when our hearts get shattered and our minds get tired


via BlackBerry® smartphone

Friday, June 17, 2011

Dealing

Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me. -Imam Al-Ghazali


via BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 7, 2011

Egotism

Ramlee terasa dirinya sedikit canggih malam ini untuk mencoretkan pemikiran kreatifnya di dalam bahasa yang agak intelektual.
Ramlee has done some reading and research and even case study on egotism which is the term have been several times pop up in Ramlee's head. This is due to the situation that Ramlee's been through lately. By giving a lot of thought about it, Ramlee now begin to see the big picture of the term and giving Ramlee a bit clue on handling this kind of 'ism'.
The term "egotism" is derived from the Latin ego, meaning "self" or "I", and -ism, used to denote a system of belief.
Egotism is 'characterized by an exaggerated estimate of one's intellect, ability, importance, appearance, wit, or other valued personal characteristics' is the drive to maintain and enhance favorable views of oneself.
'In egotism Ramlee find the person filled with an overweening sense of the importance and qualities of his personality...the things of the "Me"'. Egotism means placing oneself at the center of one's world with no concern for others, including those loved or considered as "close", in any other terms except those set by the "egotist".
Egotism is closely related to "loving one's self" or narcissism - indeed 'by egotism we may envisage a kind of socialized narcissism'. Egotists have a strong tendency 'to talk about themselves a great deal...in a self-important fashion'; and egotism may include 'a grandiose sense of self-importance...arrogant, boastful, conceited' and self-promoting even at the expense of others - 'refusing to recognize others for their accomplishments'. This conceit is a character trait describing a person who acts to gain values in an amount excessively greater than that which he/she gives to others. Egotism is often accomplished by exploiting the sympathy, irrationality or ignorance of others, as well as utilizing coercive force and/or fraud.
Egotism differs from both altruism - or acting to gain fewer values than are being given - and from egoism, the unremitting pursuit of one's one self-interest. Various forms of "empirical egoism" can be consistent with egotism, but 'egoistic behavior refers to actions that are primarily motivated by self-interest...without having an over-blown sense of self'.
Although 'no one really likes criticism because it shrinks our ego a bit',as a rule and in particular 'egotists do not take criticism well...sometimes display "narcissistic rage" in the face of criticism or insults'.
For the conclusions, egotism if we use correctly we will reach our goal comprehensively. BUT if we wanted to put this egotism online, we have to make sure one thing which is always been the hardest thing to performed; 'do not hurt the people inline'. To blend this 'ism' correctly with life is not like plug and play. It MUST be supported with integrity and cautiousness. If not we will be eaten alive by this 'ism'. And when this 'ism' reach the level of 'ness' there are no easy cure anymore.(Egotismness will be the next chapter).

via BlackBerry® smartphone

WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:
"dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
"dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari". Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?". Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod 'kartun' yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
"Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil".(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu'at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan 'usikan' wanita atau lebih jelas 'muslimat' mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan 'perancangan halus'. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki 'mengidaminya' angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau 'plot' wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
"Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat". (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: "..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case". (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa 'licin' dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan 'kaid' atau perancangan halus dan 'sulit' wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
"Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya" (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran 'first lady' boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Elena Ceausescu
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
"Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah" (Riwayat Muslim)
.
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
"Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya" (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
"Tiga dari kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau" (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
.
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.
via BlackBerry® smartphone

Monday, June 6, 2011

Tukang fotostat dengan bos yang bodoh.

Ramlee bekerja sebagai tukang fotostat. Ramlee menpunyai seorang bos yang sangat bodoh.

Cerita 1.
Kerja sebagai tukang fotostat memerlukan sebuah mesin fotostat. Oleh kerana tempat kerja Ramlee baru beroperasi Ramlee boleh menerima keadaan pejabat yang tidak mempunyai mesin fotostat. Jadi untuk melakukan kerja Ramlee terpaksa fotostat segala dokumen di kedai fotostat terdekat. TETAPI. Ramlee tidak dapat klem kerana bos yang bodoh itu mempersoalkan kenapa fotostat di luar dan tidak mahu sain borang klem Ramlee.

Cerita 2.
Selepas kejadian itu Ramlee tidak lagi fotostat di luar. Di dalam pejabat juga belum ada mesin fotostat. Jadi Ramlee hanya mengoyangkan kaki dan sesekali membantu rakan yang lain membuat kerja kerana terlalu bosan. Bos Ramlee yang bodoh itu tidak puas hati dan mempersoalkan kenapa Ramlee tidak bekerja. Ramlee. Ramlee memberi justifikasi secara aman dan bos dia tersedar lantas meminta Ramlee sediakan spesifikasi mesin fotostat dan dapatkan sebut harga. Ramlee kembali bersemangat untuk bekerja. Setelah mendapatkan semua yang diperlukan Ramlee teruskan dengan pembelian. Seminggu.... Dua minggu... Tiga minggu.... Tiada apa apa tindakan. 3 bulan selepas itu bos Ramlee yang bodoh itu mempersoalkan lagi kenapa Ramlee tidak membuat kerja.

Cerita 3
Selepas 6 bulan mesin fotostat tidak juga ada. Ramlee pula tiada kerja. Bos Ramlee yang bodoh itu masih jugak bodoh macam itu juga. MOU dengan kedai mesin fotostat tidak membuahkan apa apa hasil selain meeting yang tidak berkesudahan. Bodoh semakin menjadi-jadi. Padahal beli sahaja mesin fotostat dan Ramlee dapat buat kerja dan sudah tentu sekarang ini sudah mandi dengan result.

*wahai bos yang bodoh, bertaubatlah... Sedarkan diri itu bukan cerdik. Kau cerdik pasal mesin taip, mana nak sama dengan mesin fotostat. Bertanyalah dengan orang yang tahu pasal mesin fotostat. Dasar Bodoh sombong.


via BlackBerry® smartphone

Friday, June 3, 2011

Bluetooth

Pada hujung minggu di dalam bulan 2 lalu Sudin, Ajis dan Ramlee pergi berjalan jalan ke Simpang Mengayau di Kudat atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo. Mereka bertiga berasa sangat bertuah kerana berada betul betul di hujung kepulauan Borneo. Dalam fikiran mereka, bukan ramai yang berpeluang untuk menjejakkan kaki di situ. Dengan perasaan bangga mereka berjalan beriringan mengorak langkah ke kawasan batuan yang terhujung sekali di situ. Yakni yang paling hujung Tip Of Borneo.
Snap!! Sudin menangkap gambar laut.
Ajis: Mengapa kau menangkap gambar laut? Macam mana kau nak buktikan yang kita pernah ada di sini? Laut di mana mana kita boleh tangkap gambar.
Sudin: Kamera telefon bimbit aku ada geotag. Di meta data gambar aku ade tercatat sekali lokasi GPS.
Sudin menunjukkan kebijaksanaannya tentang teknologi terkini. Sungguh canggih Sudin.
Ajis:........(Ternganga)
Ramlee:......(Ternganga)
Ajis: Kalau begitu mari tangkap gamba kami berdua. Nanti boleh kami upload ke facebook. Nanti aku tag engkau.
Sudin: Mahu upload terus dari telefon ini pun boleh. Siap dengan lokasi dalam google earth sekali nanti akan terpapar di facebook.
Ajis:......(Ternganga lebih luas)
Ramlee:.....(Ternganga)
Ajis: Wah! Aku sangat berbangga ada kawan yang canggih macam kau. Tangkap gambar kami dengan telefon bimbit canggih kau cepat! Biar kami boleh berbangga dengan gambar kami yang tentunya lain dari sebelum ini.
Ramlee:......(Menganguk anguk kencang)
Snap!!
Sudin: Dah.
Ajis: Nak tengok!
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: Wah, kacak semacam pula kita di dalam telefon canggih ni kan Ramlee?
Ramlee:........(Tersenyum)
Sudin: Nak aku upload terus ke facebook?
Ajis:....(Angguk)
Ramlee:....(Angguk)
Sudin: Alamak, data plan dah tamat tempoh. Kredit pun tak ada ni.
Ajis: Apalah kau ni, harap telefon sahaja canggih. Kredit tak ada. Kalau begitu bluetooth la ke telefon aku ni. Boleh aku buat wallpaper telefon aku.
Sudin: Kan aku dah beritahu, kredit aku tak ada. Macam mana nak bluetooth. Apa pun tak boleh.
Ajis: Ya tak ya juga. Ok lah.. bila kau tambah nilai nanti.
Ramlee:......(Tersenyum)

via BlackBerry® smartphone

DIALOG PURBA LAMA: FATWA, KUASA DAN AIRMATA

Dipetik dari wall facebook Dr .MAZA
ini cerita purba lama..
di kala puisi ini di baca, ia sudah menjadi lagenda..
di sebuah negara bangsa, yang hanya tinggal nama..
sebuah kisah yang sudah mengubah sejarah
pada hari raja dan bendahara sudah pun tiada
hanya tinggal kenangan, sebuah kerajaan yang keguguran
suatu tika..
ketika sang raja melata dengan bangganya,
konon, mencemar daulat, menziarahi rakyat..
maka sekelian rakyat, dikerah penat..
sang raja dihidang bukan sebarangan..
agar istana terus muliakan,
lantas ditulis kata 'raja berjiwa hamba'
tampillah seorang rakyat yang penuh nekad..
kata penjaga: jangan hampiri duli raja!
…kamu hanya rakyat biasa, tiada pangkat, tiada nama
Jawabnya: tapi aku rakyat yang punyai hajat!
terus sahaja dia ke hadapan, tidak dapat ditahan..
dengan penuh takwa di dada dia berbicara:
Wahai sang raja! Hati apakah saudara?
tergamak membina istana harga ratusan juta laksa..
ketika rakyat hidup penuh sengsara..
tatkala kami membilang-bilang suapan harian,
anak-anak yang hendak diberikan makan..
pakaian keperluan yang wajib disediakan..
dengan penuh lelah dan susah..
bayaran sekolah dan madrasah..
harga makan yang melambung..
atap bocor yang belum ditampung..
lantai berbunyi yang makin canggung..
anak ramai yang hendak ditanggung..
malang sekali…
khazanah bumi yang patut dikongsi..
dihabiskan untuk istana sang duli..
dipotong segala bantuan dan subsidi..
untuk kerakusan nafsu berahi..
duli-duli dan menteri-menteri..
pengampu-pengampu di sana-sini..
syaitan atau sultan, bendahara atau buaya..
nampaknya sama sahaja..
menteri atau pencuri,
pengampu atau penyapu..
sudah tiada bezanya..
terus berfoya dengan harta negara..
sedangkan…
keringat kami tidak pernah berhenti..
airmata kami terus mengiringi..
derita ini terus kami warisi..
ketika kemewahan raja dan bendahara..
dilapor dalam berbagai riwayat berita..
kisah duka rakyat, siapakah yang mempedulikannya?
Aduhai celakanya…
dalam sengsara rakyat jelata..
kalian tambah istana dan kota..
sedangkan yang lama masih boleh diguna..
rumah buruk kami pula, siapa yang akan bina?
apakah jenis manusia? apakah jenis raja, begini rupa?
apakah jenis memanda dan bendahara…
yang sanggup bersekongkol dosa?!
Maka murkalah sang raja..
"derhaka! kamu menentang beta!
beta penjaga agama, jangan sebarangan bicara!"
titah mengadap ahli fatwa, supaya hukum dapat diguna..
kepada penderhaka yang menentang kesucian kita
panggil setiap yang patut, tangkap dia atas nama penghasut!
maka bersuara ahli fatwa:
..atas nama agama kita, hai orang desa,
kamu rakyat derhaka yang berdosa..
menurut hukum tuhan, raja mesti dimuliakan..
tiada engkaran, tiada soalan..
hanya kata: menjunjung titah, tanpa bantah!
Hairan sang rakyat, seraya berkata: kamu siapa?
Sanggup kamu membela dosa mengguna nama agama?
Jawabnya: kamu ternyata hanya orang biasa..
tidak kenal orang berkedudukan mulia..
ana sang mufti yang dilantik duli..
Berkata sang rakyat: aduhai, malang sekali kamu sang mufti,
Tidaklah kamu dikenali, tidaklah kamu diperduli..
Dengan nama Rabbul Izzati, aku ingin kau beri erti,
apakah tugas anta selama ini?
Terkedu sang mufti, jantung berdegup
Tapi..terpaksa disahut:
Ya! Kerja kita membela baginda raja..
agama Tuhan kami guna,
siapa derhaka kami hukum dosa,
siapa terima, kami janjikan syurga..
setiap keramaian yang diada..
kami puja, kami dewa sang raja..
dengan doa-doa yang dicipta..
atas mimbar jumaat,
ataupun di majlis tarian memikat..
rakyat mengamin, kami menjamin..
maka duli tidak perlu diri dicermin..
kami kata tuanku sekelian sebaik-baik pemimpin..
kata sang rakyat: wahai sang mufti!
jika kau pernah mengaji,
jika kau tahu firman ilahi,
jika kau faham sabda Nabi..
apakah hukum istana ratusan juta harga atas derita jelata?
Jelaskan, halal atau haram wang yang dicengkam?
jawab sang mufti: hukum itu tiada dalam agama, jangan ditanya!
katanya pula: apakah hukum rakyat yang tidak bercermat?
dengan cepat mufti menjawab:
dia berdosa, tempatnya dalam neraka..
maka baranlah sang rakyat, bangkit dengan semangat,
diasak terus sang mufti dengan sindiran bertubi:
ketika duli pergi berjudi,
habis dibelasah wang negeri,
apakah fatwa kau sang mufti?
Ketika duli mabuk arak,
habis agama berselerak,
di mana mufti terletak?
ketika raja bersenda berpoya,
habis jadi cerita rakyat jelata,
ke kota sini dan ke sana,
wang negara enak dibelanja,
sang mufti kau di mana?
Marahlah sang mufti kesayangan duli:
Diam! Derhaka hukumnya haram!
sang raja penjaga agama,
mereka payung kita,
jangan dipersenda, itu satu dosa..
mati mereka kami adakan upacara doa..
ramai yang akan membaca..
imam-imam besar dibayar..
pahala-pahala akan dihantar..
sang rakyat masih baran:
wahai mufti pilihan!
apakah Tuhan menerima pahala bacaan
dari upah wang rakyat yang dimakan?!
aku sekali lagi ingin bertanya:
Apakah hukum istana,
yang dibina atas airmata rakyat jelata?
Titah Raja: Panggil menteri, hukum si degil ini!
dia cuba menghasut rakyat dan negeri!
tidak hormati mufti, dan kesucian duli-duli..
datanglah menteri dengan pantas:
"kau penderhaka, kau pengganas,
mesti ditangkap, mesti diberkas,
aga pun dah kata kau berdosa,
maka kau dihukum tanpa perlu dibicara..
berkata sang rakyat yang dihina,
sambil tunduk dengan airmata:
aku kenal Tuhan, agamaNya, juga negara,
bukan seperti yang kalian dusta..
agama bukan untuk melindungi dosa raja,
agama bukan untuk mempertahan noda penguasa
agama bukan untuk menzalimi rakyat jelata,
agama bukan untuk penindasan orang bawahan,
agama Tuhan untuk keadilan sekelian insan
Tuhan lagi membicarakan hamba-hambaNya,
setiap pahala dan dosa ditimbang seadilnya,
bagaimanakah aku disalah tanpa mahkamah?
Apakah kamu melebihi Tuhan Yang Maha Rahmah?
Sekali lagi aku bertanya:
apa hukum membina istana dengan sengsara rakyat jelata?
aku datang dari desa yang dihimpit berbagai perit,
aku datang dari keluarga yang rendah tanpa mewah,
mengira setiap belanja dan harga,
mengundi setiap barang yang dibeli
menunggu setiap detik kehadiran gaji,
apabila aku bertanya kemewahan istana dan pembesarnya,
harta para penguasa bangsa dan kuncu mereka
dari wang negara dan harta kita,
lalu kamu menyebut tentang dosa dan derhaka..
kalian dan raja memang menempa neraka..
dan sedang meruntuhkan negara..
atas derita kami rakyat yang sengsara...
maka, ditangkaplah wira rakyat,
tiada siapa yang mampu menyekat..
kendati, dia dilupa,
dihukum tanpa bicara..
namun puisi ini, tetapi merakam memori,
untuk pertiwi yang disayang,
juga wira yang tidak didendang..
Tuhan tidak akan lupa,
setiap kezaliman ada balasannya,
harga istana yang dibina, akan tetap dibicara,
wang rakyat yang ditelan, tetap dipersoalkan,
Di Mahkamah Tuhan Yang Maha Memberikan Keadilan!

via BlackBerry® smartphone

Thursday, June 2, 2011

Hidup dari aspek nelayan.

Memancing: kena pandai pilih umpan, ikat mata kail, kena sabar menunggu umpan dimakan, bila umpan mengena kena pandai menarik ikan naik, terlalu laju tangsi putus, terlalu perlahan boleh terlepas ikan.

Menjala: Tebar jala luas luas. Lagi luas lagi bagus. Kene pergi kat tempat banyak ikan atau udang. Sekali dapat lumayan. Kalau tak dapat, tengok sahaja ikan berenang renang.

Memukat: Pakai bot. Pukat tunda, semua sekali sapu termasuk batu karang, siput siput kecik, belut, ular dan sebagainya. Pukat jerut, sekali jerut habis semua kawanan ikan kena sapu. Pukat malas, lepas pukat biar hanyut, juga tidak memilih ikan, kadang kadang jika terleka tersangkut di batu batuan atau hanyut terus ke pantai..

Membubu: Pasang umpan, ikan yang masuk tidak boleh keluar. Terkurung. Kalau lama baru nak pergi tengok bubu. Ikan sudah mati didalam bubu atau sudah luka luka melanggar bubu hendak keluar.

Bom dan tuba: Jahat punya orang.

Kategori manakah kita?

iThink...
via BlackBerry® smartphone

Proudness

"Proudness is an chronic disease."
-pupa


via BlackBerry® smartphone

Titanic lesson

human made an unsinkable titanic... yet it sinked by just an iceberg...

iThink.


via BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 1, 2011

Inflasi

Sejak isu-isu politik yang kian menjadi-jadi, Ajis, Sudin dan Ramlee pun turut menjadikan isu politik negara sebagai bahan bualan kosong mereka. Wahal, mengundi pun mereka tidak tahu macam mana. Tetapi, membualkan isu politik betul betul meningkatkan imej karisma, keperibadian, pengentahuan dan kepimpinan mereka.

Sudin: Tarif elektrik naik lagi la.
Ajis: Inflasi... Inflasi
Ramlee: .....(Tersenyum)
Sudin: Harga petrol pun akan naik lepas PRU13 nanti.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Subsidi nak kene dikurangkan lagi.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:.....(Tersenyum)
Sudin: Gula dan minyak masak kene sorok.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Lepas ni confirm harga barang naik.
Sudin menampakkan kebijaksanaannya
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Birokrasi sekarang ini pun semakin parah.
Ajis: Inflasi... Inflasi
Ramlee:.......(Tersenyum)
Sudin: Eh? Inflasi itu apa ya?
Ajis: Entah, tapi dalam berita asyik sebut inflasi.
Ramlee:.......(Tersenyum)

*contoh inflasi: beli barang yang harga 3 ringgit dengan harga 6 ringgit macam beli minyak petrol 50sen seliter dengan harga 2 ringgit seliter.


via BlackBerry® smartphone

Ramlee dan Teacher

Teacher Perempuan: Thank you.
Ramlee: You're welcome
Teacher Perempuan: How old are you?
Ramlee: 20 years old
Teacher Perempuan: Where do you live?
Ramlee: Taman Sempaul
Teacher Perempuan: What are you doing?
Ramlee: Technician
Teacher Perempuan: I love you.
Ramlee: Sorry, I don't love you
Teacher Perempuan: I miss you
Ramlee: Sorry, I don't miss you
Teacher Perempuan: Can we go out together sometimes?
Ramlee: No, we cannot.
Teacher Perempuan: Your score is 4/7. You are not doing well.

Teacher Lelaki: Thank you.
Ramlee: You're welcome
Teacher Lelaki: How old are you?
Ramlee: 20 years old
Teacher Lelaki: Where do you live?
Ramlee: Taman Sempaul
Teacher Lelaki: What are you doing?
Ramlee: Technician
Teacher Lelaki: I love you.
Ramlee: I love you too
Teacher Lelaki: I miss you
Ramlee: I miss you too
Teacher Lelaki: Can we go out together sometimes?
Ramlee: Yes, sure.
Teacher Lelaki: Your score is 7/7. You are doing well.

Sekarang Ramlee sudah pandai speaking. Ramlee tersenyum....
via BlackBerry® smartphone