Sunday, May 29, 2011

Tarikh Dikilang

Ramlee baru sahaja selesai melipat pakaian pakaian yang baru diambil dari ampaian petang tadi dan menyusun rapi pakaian pakaian tersebut di dalam almari. Ramlee menepuk pakaian yang disusunnya itu dua tiga kali. Tiada habuk, Ramlee tersenyum puas. Sejak mengunakan sabun jenis cecair ni pakaian menjadi wangi dan tidaklah berhabuk bulu kain. Ramlee terasa berbaloi dengan pelaburannya membeli sabun jenis cecair yang agak mahal dari jenis serbuk. Ramlee menutup pintu almari pakaiannya. Seperti biasa, jika waktu antara magrib dan isya, Ramlee akan bermalas malasan di tilamnya dengan kain pelikat. Malas benar Ramlee hendak menukar pakaiannya 2 3 kali. Ramlee terpandang kotak rokok milik Ajis. Tertulis di kotak rokok tersebut "Tarikh Dikilang: 18/03/11". Ramlee tersenyum.

Disuatu tempat yang agak terpencil di Negeri Sembilan, Ulu Pondoi.

Usop: Kita berhenti di sinilah, aku dahaga. Panas betul hari ini kan? Kita tunggu mereka di warung itu.(Sambil menunding jari ke arah warung kayu di tepi jalan.)
Sham: Jom.
Amir: Jom
Ramlee: .........(Tersenyum)

Sampai di warung...

Usop: kita minum air botol sahaja lah ya? Takut nanti mereka sampai kita tak habis minum lagi.
Sham: Ok.
Amir: Ok.
Ramlee:.........(Tersenyum)

Usop: Adik, bagi kami semua air soya dalam botol ya?

4 botol air soya sudah di atas meja. Serentak semua sekali menyambarnya, membukanya, dan meminumnya.

Ramlee: Tarikh Dikilang 10 haribulan 3, 2011. Hari ini 15 haribulan 3, 2011.
Usop: .......(Muntah)
Sham:......(Muntah)
Amir:.....(Muntah)

Ramlee: Tarikh luput 10 haribulan 9, 2011.
Usop: Ish!!
Sham: Ish!!
Amir: Ish!!

Ramlee:..............(Tersenyum)
Usop: Apa senyum senyum?
Sham: Apa senyum senyum?
Amir: Apa senyum senyum?


via BlackBerry® smartphone

0 comments: