Tuesday, May 31, 2011

Steroid

Selesai membelasah nasi dan ayam masak kunyit yang ditinggalkan Yunus sebelum keluar tadi, Ramlee mengemaskinikan pengentahuannya tentang dunia sekarang. Buletin Utama seakan sudah menjadi rutin Ramlee. Pukul 9, Ramlee merasakan matanya sudah terlalu berat. Dengan langkah terhuyung hayang Ramlee gagahi untuk sampai di kabinya yang terletak 100 meter dari rumah sangkar itu. Sampai dipersimpangan antara telaga dan kabinnya, Ramlee teringat yang dia belum lagi menunaikan kewajipannya. Ramlee menuju ke telaga dan mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk Ramlee semasa Ramlee sarungkan kakinya di selipar.

Ramlee: Aduh!
Ramlee:........(Tersenyum)

Selesai solat Ramlee memeriksa kakinya. Bengkak sedikit.

Ramlee:....(Tersenyum)

Sedang Ramlee baring menunggu matanya terlelap terasa badannya seperti panas. Ramlee menyelak bajunya, nampak tanda tanda alahan. Ramlee memang ada alahan dengan sengatan lebah, tebuan dan penyengat.

Ajis: Sudah kena?
Ramlee:....(Tersenyum)

Ramlee sms Tuan Haji Bakhil untuk menghantarnya ke klinik kerana Ramlee tidak mempunyai kenderaan. Setelah menjawab segala persoalan Tuan Haji Bakhil, Tuan Haji Bakhil bersetuju untuk membawanya ke klinik panel syarikatnya.

Doktor: We'll give you steroid injection.
Ramlee:.........(Tersenyum)
Doktor: This going to be hurt a little bit because we don't have small needle.
Ramlee:....(Tersenyum)
Doktor:........(Inject)
Ramlee:......(Tersenyum)
Doktor: Are you okey?
Ramlee:.......(Tersenyum)

Selang beberapa saat.

Gelap gelita.

Jururawat: Encik Ramlee? Encik Ramlee?
Ramlee:........(Tersenyum)
Jururawat: Encik Ramlee pengsan tadi. Encik Ramlee jatuh kepala dulu. Encik Ramlee okay tak ni?
Ramlee:.....(Tersenyum)
Doktor: Are you okey Encik Ramlee?
Ramlee:......(Tersenyum)
Jururawat dan doktor: Thank god.

Ramlee tak faham bahasa inggeris dan fobia dengan jarum. Ramlee tak ada idea apa yang berlaku di klinik tadi dan masih kebingungan...


via BlackBerry® smartphone

0 comments: