Monday, February 1, 2010

kami mencari monyet hidung panjang.

Setelah di jek oleh Encik Awang Di sebanyak beberapa kali, akhirnye kami termakan juga... Kami mengambil keputusan untuk  menghabiskan petang kami di Borneo Semporna Proboscis River Cruise Centre di Kampung Tenggulangan. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari bandar Semporna. Sesampai kami di sana kami disambut oleh En. Awang Di. Ngam ngam masa kami sampai, mereka sedang memberi makan monyet liar. Ni monyet biasa sahaja. Seronok juge melihat kerenah beruk beruk ni, buat aku teringat kengkawan aku di semenanjung. Hahahha... En. Awang Di cerita, ade sekor yang kudung tangannye sebab kene sepit dengan ketam. Fuhhh.. bahaya betul paya bakau ni. Kemudian kami di jemput ke pusat river cruise itu. kami dihidangkan dengan teh dan pisang goreng. Lepak sejenak sambil mengusha sekeliling pusat tersebut. Agak menarik sebab tempat itu didirikan di tengah-tengah hutan paya bakau. Macam dekat Matang Mangrove yang aku pergi dulu, tapi yang ni tiada disediakan accomodation. Pusat itu pun didirikan menggunakan (aku rasa) kayu mangrove jugak kemungkinan besar dari spisis Rhizophora. Selepas lepak lepak, aku dinasihatkan supaya kencing dahulu sebab cruise itu mengambil masa selama 2jam. Mula-mula kami ke hulu, untuk mencari monyet hidung panjang itu (proboscis). Bot dipandu perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan moyet-monyet tersebut, tetapi hampa, tiada seekor pun yang kelihatan. mengikut En. Jabal (guide kami) kalau air pasang agak susah untuk melihat monyet-monyet ini, kerana mereka bermain ditengah-tengah hutan bakau. Kami mencuba nasib di pulau buaya pula (mangroove tu jgk... tapi yang sebelah satu lg) sama juga. Tetapi semasa  kami dalam perjalanan keluar dari situ kami ternampak seekor monyet hidung panjang itu. Tengah syok lepak atas pokok. Driver bot matikan enjin, aku standby kamera aku... konon macam tunggu angle best lah... tup tup.. monyet tu hilang entah ke mane... adeh, bukan rezeki agaknye. Kami tunggu dlm 20minit. Tak muncul muncul jugak, jadi kami ambik keputusan untuk ke Pulau Matahati (yang aku xpasti la betol ke tak nama tu.. huhuhu) untuk melihat keluang man.. hahahha... Pulau ni terletak agak jauh dr pusat tu. 30 minit lebih kurang dengan speedbot injen 50hp. Dalam perjalanan tu... Kalau brnasib baik. Boleh nampak view ni.
budak kecik tu bawak bot... hehehhe. ayah die duk depan
6 o'clock pm odw to p.matahati

Dalam pukul 6 lebih kami tiba di Pulau Matahati tu. Kecil sahaja pulau tu. Tidak nampak seekor pun Keluang man. Botman tu pun pusing pulau tu... dier masuk satu kawasan yg boleh pegi dekat pokok pokok bakau tu. Lepas seketika botman tu tepok tangan. Sekor keluar. Tepuk lagi, sekor lagi keluar, Tepuk lagi, lagi sekor keluar. Kami pun tepuk tangan beramai ramai.. banyak keluar... hehehhee... walaupun tak banyak mane, tapi kami puas. Aku plak bertambah puas bila aku dapat snap beberapa keping gambar keluang man tengah terbang.

hensem tak?
macam burung helang kat langkawi.. heheheh

Dalam pukul 645 setelah letih tepuk tangan. Kami pulang ke pangkal jalan. huhuhuhu.. walaupun tidak seperti yang dijangkakan... aku tetap puas. Aku tetap bersyukur. Yang penting, aku mesti datang balik untuk melihat monyet hidung panjang tu. hehehhe. Sampai di pusat tu, kami dihidangkan dengan makanan local disitu, sedap... berbanding makanan yang biasa kami makan di restoran seafest.. haahha....
Odw pegi ke kereta, kami tersua dengan beberapa ekor fireflies... memandangkan malam tadi bulan penuh, Jadi hanya beberapa ekor je yang kelihatan... Trip selepas ni, kami akan plan betul-betul...

*Dr Md Noor! sini banyak la mudskipper yg besar besar.. hahahaha.... D90 oh D90...

2 comments:

najmi said...

bestnye g jalang pulau...hehee keje ke makang anging ne

pUPa said...

hahahha.. ahad kang.. hahahha