Monday, February 1, 2010

kalau dulu mery jane.. sekarang lady lina...

lady lina...
 memandangkan penagih tegar spirulina sekarang ni.. ade baiknye aku kongsi bersama dengan korang sume...

Apa itu Spirulina?
Spirulina ialah sejenis rumpair berwarna biru kehijauan yang mendapat namanya daripada bentuknya yang berpilin. Ia mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, yang tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan, tumbuhan, bijirin atau herba.

Apakah kandungan Spirulina?
Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi ? lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi 'fitonutrien' seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.

Apakah perbezaan di antara Spirulina dan Chlorella?
Chlorella, sejenis rumpair berwarna hijau, merupakan makanan yang berkhasiat tetapi ia tidak mengandungi sifat-sifat anti-virus, anti-kanser dan sifat meningkatkan fungsi sistem keimunan badan seperti yang ada pada Spirulina. Dinding sel Chlorella diperbuat daripada selulosa (tidak dapat dicerna), sama seperti binaan pada rumput. Manakala, dinding sel Spirulina diperbuat daripada protein dan karbohidrat kompleks. Chlorella mengandungi lemak tepu dan jumlah kandungan lemaknya adalah lebih tinggi.

Adakah Spirulina sejenis rumpair yang selamat?
Spirulina amat unik dalam kumpulan rumpair biru kehijauan kerana ia mempunyai sejarah penggunaannya secara selamat sejak dahulu kala lagi. Kaum Aztek di Mexico telah mengambil Spirulina sejak lima abad dahulu. Pada masa kini, suku kaum asli di Afrika mengambil Spirulina yang tumbuh di tasik-tasik di Afrika. Selama 20 tahun ini, berjuta-juta orang telah mengambilnya sebagai makananan tambahan yang selamat. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan Spirulina sebagai makanan yang selamat dan berkhasiat untuk kanak-kanak.

Adakah Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling produktif di dunia?
Spirulina menawarkan lebih nutrien berbanding dengan makanan lain. Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu. Dengan pemeliharaan Spirulina, kita dapat membantu untuk menghentikan pemusnahan hutan bagi menjadikan kawasan penanaman makanan. Secara tidak langsung, dengan pengambilan Spirulina juga kita dapat menyumbang dalam pemulihan kesihatan planet kita ini.

Bagaimanakah Spirulina memberi faedah kepada badan?
Spirulina mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Kekurangan dalam salah satu nutrien ini akan menjejaskan fungsi badan. Terdapat beberapa kajian saintifik berkenaan dengan keupayaan Spirulina untuk menyekat pembiakan virus, menguatkan sel dan sistem keimunan tubuh serta menyebabkan regresi sel dan seterusnya mengelakkan penyakit kanser.

Adakah terdapat bukti-bukti sains yang menunjukkan kesemua kebaikan Spirulina ini?
Ada. Para ahli sains di seluruh dunia ? Jepun, Cina, India, Eropah, Rusia dan Amerika Syarikat telah menemui kepentingan Spirulina, bagaimana dan mengapa Spirulina menjadi amat berkesan untuk kesihatan manusia dan haiwan. Beratus-ratus kajian sains menunjukkan bagaimana Spirulina dan 'phytonutrient' dapat meningkatkan fungsi sistem keimunan dan kesihatan.

Bagaimanakah Spirulina menguatkan sistem keimunan?
Spirulina ialah tonik yang amat baik untuk sistem keimunan. fitonutrien yang bertanggungjawab untuk menguatkan sistem keimunan ialah beta karotena, phycocyanin dan polisakarida. Kajian-kajian di seluruh dunia yang mengkaji kesan Spirulina ke atas tikus, hamster, ayam, ayam belanda, kucing, ikan dan juga manusia telah mengesahkan bahawa Spirulina dapat meningkatkan fungsi sistem keimunan. Para ahli sains perubatan mendapati yang ia bukan sahaja merangsangkan sistem keimunan tetapi ia sebenarnya meningkatkan keupayaan badan untuk membentuk sel-sel darah yang baru. Bahagian penting dalam sistem keimunan seperti sel sum-sum tulang, makrofaj, sel T dan sel pembunuh asli, kelenjar limpa dan kelenjar telah menunjukkan peningkatan aktiviti. Para ahli sains mendapati Spirulina menyebabkan makrofaj bertambah dalam kuantiti, diaktifkan dan lebih berkesan dalam pembunuhan kuman.

Bagaimanakah Spirulina meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu untuk mengurangkan kolesterol?
Kajian pemakanan haiwan yang ditambah dengan Spirulina di Mexico, Argentina, Jepun dan India mendapati kesan pengurangan kolesterol dan peningkatan fungsi arteri jantung yang dapat merendahkan tekanan darah. Kajian sains yang telah dijalankan ke atas kaum lelaki Jepun dan India telah menunjukkan bahawa pengambilan beberapa gram Spirulina dalam sehari dapat mengurangkan kolesterol. Kajian ini mencadangkan kemungkinan Spirulina dalam pengurangan LDL di dalam serum( Lipoprotein berketumpatan rendah ? kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi ? kolesterol baik).

Kajian terhadap manusia di Jerman dan India mendapati bahawa berat badan berkurangan dengan pengurangan kolesterol. Kesemua kajian ini menunjukkan Spirulina ialah satu makanan tambahan untuk kesihatan kardiovaskular dan untuk merendahkan kolesterol.

Sejauh manakah Spirulina mudah dicernakan?
Spirulina mempunyai dinding sel yang terbentuk daripada jaringan protein, polisakarida dan enzim yang mudah larut di dalam badan. Ini amat penting untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan dan untuk warga tua yang pemakanannya terkawal.

Enzim amat penting. Bagaimanakah Spirulina membina sistem enzim dalam badan kita?
Enzim dalam badan kita berfungsi untuk mencernakan makanan, memperbaiki DNA kita serta membekalkan tenaga kepada sistem badan kita. Spirulina yang telah dikeringkan, masih mengandungi enzim semulajadi. Lebih penting lagi, Spirulina mempunyai blok binaan seperti zat galian, fitonutrien, anti pengoksidaan serta polisakarida yang dapat merangsangkan sistem enzim badan kita untuk menjalankan pelbagai fungsi mereka.

Bagaimanakah Spirulina membantu dalam pengurangan berat badan?
Asid amino yang terkandung di dalam Spirulina dapat membantu menahan rasa lapar dan meningkatkan metabolisma tubuh. Bersama dengan nutrien lain, Spirulina juga dapat membantu dalam pengawalan nafsu makan secara semulajadi dan seterusnya membenarkan pengurangan berat badan secara sihat.

Apakah faedah klorofil dalam Spirulina kepada orang ramai?
Klorofil dalam Spirulina membantu untuk membersihkan usus besar dengan menyah-toksinkan usus besar dan usus kecil. Tambahan pula, klorofil membantu dalam pelindungan lapisan perut yang meradang dan ini dapat melegakan gejala ulser perut dan menghalang daripada kejadian ulser. Ia juga merupakan sumber makanan untuk bakteria baik dalam usus, terutamanya Lactobacillus dan Bifidus. Dengan mengekalkan populasi bakteria pada tahap yang sihat, Spirulina dapat mengurangkan masalah sistem penghadaman dan sembelit yang disebabkan oleh patogen seperti E.coli dan Candida.

Bolehkah Spirulina mengimbangkan kesihatan tubuh?
Spirulina merupakan salah satu makanan beralkali yang berupaya mengubah keadaan badan menjadi beralkali dan sihat. Ia merupakan pengimbang bagi diet makanan berasid seperti gula, kopi, soda, alkohol atau daging. Sistem yang seimbang akan menguatkan kesihatan dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.

kopi pas dr sini. thanks...

*mcm bagus sgt je kan? hehehehe

0 comments: