Showing posts with label ramlee. Show all posts
Showing posts with label ramlee. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Egotism

Ramlee terasa dirinya sedikit canggih malam ini untuk mencoretkan pemikiran kreatifnya di dalam bahasa yang agak intelektual.
Ramlee has done some reading and research and even case study on egotism which is the term have been several times pop up in Ramlee's head. This is due to the situation that Ramlee's been through lately. By giving a lot of thought about it, Ramlee now begin to see the big picture of the term and giving Ramlee a bit clue on handling this kind of 'ism'.
The term "egotism" is derived from the Latin ego, meaning "self" or "I", and -ism, used to denote a system of belief.
Egotism is 'characterized by an exaggerated estimate of one's intellect, ability, importance, appearance, wit, or other valued personal characteristics' is the drive to maintain and enhance favorable views of oneself.
'In egotism Ramlee find the person filled with an overweening sense of the importance and qualities of his personality...the things of the "Me"'. Egotism means placing oneself at the center of one's world with no concern for others, including those loved or considered as "close", in any other terms except those set by the "egotist".
Egotism is closely related to "loving one's self" or narcissism - indeed 'by egotism we may envisage a kind of socialized narcissism'. Egotists have a strong tendency 'to talk about themselves a great deal...in a self-important fashion'; and egotism may include 'a grandiose sense of self-importance...arrogant, boastful, conceited' and self-promoting even at the expense of others - 'refusing to recognize others for their accomplishments'. This conceit is a character trait describing a person who acts to gain values in an amount excessively greater than that which he/she gives to others. Egotism is often accomplished by exploiting the sympathy, irrationality or ignorance of others, as well as utilizing coercive force and/or fraud.
Egotism differs from both altruism - or acting to gain fewer values than are being given - and from egoism, the unremitting pursuit of one's one self-interest. Various forms of "empirical egoism" can be consistent with egotism, but 'egoistic behavior refers to actions that are primarily motivated by self-interest...without having an over-blown sense of self'.
Although 'no one really likes criticism because it shrinks our ego a bit',as a rule and in particular 'egotists do not take criticism well...sometimes display "narcissistic rage" in the face of criticism or insults'.
For the conclusions, egotism if we use correctly we will reach our goal comprehensively. BUT if we wanted to put this egotism online, we have to make sure one thing which is always been the hardest thing to performed; 'do not hurt the people inline'. To blend this 'ism' correctly with life is not like plug and play. It MUST be supported with integrity and cautiousness. If not we will be eaten alive by this 'ism'. And when this 'ism' reach the level of 'ness' there are no easy cure anymore.(Egotismness will be the next chapter).

via BlackBerry® smartphone

Monday, June 6, 2011

Tukang fotostat dengan bos yang bodoh.

Ramlee bekerja sebagai tukang fotostat. Ramlee menpunyai seorang bos yang sangat bodoh.

Cerita 1.
Kerja sebagai tukang fotostat memerlukan sebuah mesin fotostat. Oleh kerana tempat kerja Ramlee baru beroperasi Ramlee boleh menerima keadaan pejabat yang tidak mempunyai mesin fotostat. Jadi untuk melakukan kerja Ramlee terpaksa fotostat segala dokumen di kedai fotostat terdekat. TETAPI. Ramlee tidak dapat klem kerana bos yang bodoh itu mempersoalkan kenapa fotostat di luar dan tidak mahu sain borang klem Ramlee.

Cerita 2.
Selepas kejadian itu Ramlee tidak lagi fotostat di luar. Di dalam pejabat juga belum ada mesin fotostat. Jadi Ramlee hanya mengoyangkan kaki dan sesekali membantu rakan yang lain membuat kerja kerana terlalu bosan. Bos Ramlee yang bodoh itu tidak puas hati dan mempersoalkan kenapa Ramlee tidak bekerja. Ramlee. Ramlee memberi justifikasi secara aman dan bos dia tersedar lantas meminta Ramlee sediakan spesifikasi mesin fotostat dan dapatkan sebut harga. Ramlee kembali bersemangat untuk bekerja. Setelah mendapatkan semua yang diperlukan Ramlee teruskan dengan pembelian. Seminggu.... Dua minggu... Tiga minggu.... Tiada apa apa tindakan. 3 bulan selepas itu bos Ramlee yang bodoh itu mempersoalkan lagi kenapa Ramlee tidak membuat kerja.

Cerita 3
Selepas 6 bulan mesin fotostat tidak juga ada. Ramlee pula tiada kerja. Bos Ramlee yang bodoh itu masih jugak bodoh macam itu juga. MOU dengan kedai mesin fotostat tidak membuahkan apa apa hasil selain meeting yang tidak berkesudahan. Bodoh semakin menjadi-jadi. Padahal beli sahaja mesin fotostat dan Ramlee dapat buat kerja dan sudah tentu sekarang ini sudah mandi dengan result.

*wahai bos yang bodoh, bertaubatlah... Sedarkan diri itu bukan cerdik. Kau cerdik pasal mesin taip, mana nak sama dengan mesin fotostat. Bertanyalah dengan orang yang tahu pasal mesin fotostat. Dasar Bodoh sombong.


via BlackBerry® smartphone

Friday, June 3, 2011

Bluetooth

Pada hujung minggu di dalam bulan 2 lalu Sudin, Ajis dan Ramlee pergi berjalan jalan ke Simpang Mengayau di Kudat atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo. Mereka bertiga berasa sangat bertuah kerana berada betul betul di hujung kepulauan Borneo. Dalam fikiran mereka, bukan ramai yang berpeluang untuk menjejakkan kaki di situ. Dengan perasaan bangga mereka berjalan beriringan mengorak langkah ke kawasan batuan yang terhujung sekali di situ. Yakni yang paling hujung Tip Of Borneo.
Snap!! Sudin menangkap gambar laut.
Ajis: Mengapa kau menangkap gambar laut? Macam mana kau nak buktikan yang kita pernah ada di sini? Laut di mana mana kita boleh tangkap gambar.
Sudin: Kamera telefon bimbit aku ada geotag. Di meta data gambar aku ade tercatat sekali lokasi GPS.
Sudin menunjukkan kebijaksanaannya tentang teknologi terkini. Sungguh canggih Sudin.
Ajis:........(Ternganga)
Ramlee:......(Ternganga)
Ajis: Kalau begitu mari tangkap gamba kami berdua. Nanti boleh kami upload ke facebook. Nanti aku tag engkau.
Sudin: Mahu upload terus dari telefon ini pun boleh. Siap dengan lokasi dalam google earth sekali nanti akan terpapar di facebook.
Ajis:......(Ternganga lebih luas)
Ramlee:.....(Ternganga)
Ajis: Wah! Aku sangat berbangga ada kawan yang canggih macam kau. Tangkap gambar kami dengan telefon bimbit canggih kau cepat! Biar kami boleh berbangga dengan gambar kami yang tentunya lain dari sebelum ini.
Ramlee:......(Menganguk anguk kencang)
Snap!!
Sudin: Dah.
Ajis: Nak tengok!
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: Wah, kacak semacam pula kita di dalam telefon canggih ni kan Ramlee?
Ramlee:........(Tersenyum)
Sudin: Nak aku upload terus ke facebook?
Ajis:....(Angguk)
Ramlee:....(Angguk)
Sudin: Alamak, data plan dah tamat tempoh. Kredit pun tak ada ni.
Ajis: Apalah kau ni, harap telefon sahaja canggih. Kredit tak ada. Kalau begitu bluetooth la ke telefon aku ni. Boleh aku buat wallpaper telefon aku.
Sudin: Kan aku dah beritahu, kredit aku tak ada. Macam mana nak bluetooth. Apa pun tak boleh.
Ajis: Ya tak ya juga. Ok lah.. bila kau tambah nilai nanti.
Ramlee:......(Tersenyum)

via BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 1, 2011

Inflasi

Sejak isu-isu politik yang kian menjadi-jadi, Ajis, Sudin dan Ramlee pun turut menjadikan isu politik negara sebagai bahan bualan kosong mereka. Wahal, mengundi pun mereka tidak tahu macam mana. Tetapi, membualkan isu politik betul betul meningkatkan imej karisma, keperibadian, pengentahuan dan kepimpinan mereka.

Sudin: Tarif elektrik naik lagi la.
Ajis: Inflasi... Inflasi
Ramlee: .....(Tersenyum)
Sudin: Harga petrol pun akan naik lepas PRU13 nanti.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Subsidi nak kene dikurangkan lagi.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:.....(Tersenyum)
Sudin: Gula dan minyak masak kene sorok.
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Lepas ni confirm harga barang naik.
Sudin menampakkan kebijaksanaannya
Ajis: Inflasi... Inflasi...
Ramlee:....(Tersenyum)
Sudin: Birokrasi sekarang ini pun semakin parah.
Ajis: Inflasi... Inflasi
Ramlee:.......(Tersenyum)
Sudin: Eh? Inflasi itu apa ya?
Ajis: Entah, tapi dalam berita asyik sebut inflasi.
Ramlee:.......(Tersenyum)

*contoh inflasi: beli barang yang harga 3 ringgit dengan harga 6 ringgit macam beli minyak petrol 50sen seliter dengan harga 2 ringgit seliter.


via BlackBerry® smartphone

Ramlee dan Teacher

Teacher Perempuan: Thank you.
Ramlee: You're welcome
Teacher Perempuan: How old are you?
Ramlee: 20 years old
Teacher Perempuan: Where do you live?
Ramlee: Taman Sempaul
Teacher Perempuan: What are you doing?
Ramlee: Technician
Teacher Perempuan: I love you.
Ramlee: Sorry, I don't love you
Teacher Perempuan: I miss you
Ramlee: Sorry, I don't miss you
Teacher Perempuan: Can we go out together sometimes?
Ramlee: No, we cannot.
Teacher Perempuan: Your score is 4/7. You are not doing well.

Teacher Lelaki: Thank you.
Ramlee: You're welcome
Teacher Lelaki: How old are you?
Ramlee: 20 years old
Teacher Lelaki: Where do you live?
Ramlee: Taman Sempaul
Teacher Lelaki: What are you doing?
Ramlee: Technician
Teacher Lelaki: I love you.
Ramlee: I love you too
Teacher Lelaki: I miss you
Ramlee: I miss you too
Teacher Lelaki: Can we go out together sometimes?
Ramlee: Yes, sure.
Teacher Lelaki: Your score is 7/7. You are doing well.

Sekarang Ramlee sudah pandai speaking. Ramlee tersenyum....
via BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 31, 2011

Steroid

Selesai membelasah nasi dan ayam masak kunyit yang ditinggalkan Yunus sebelum keluar tadi, Ramlee mengemaskinikan pengentahuannya tentang dunia sekarang. Buletin Utama seakan sudah menjadi rutin Ramlee. Pukul 9, Ramlee merasakan matanya sudah terlalu berat. Dengan langkah terhuyung hayang Ramlee gagahi untuk sampai di kabinya yang terletak 100 meter dari rumah sangkar itu. Sampai dipersimpangan antara telaga dan kabinnya, Ramlee teringat yang dia belum lagi menunaikan kewajipannya. Ramlee menuju ke telaga dan mengambil wuduk. Selesai mengambil wuduk Ramlee semasa Ramlee sarungkan kakinya di selipar.

Ramlee: Aduh!
Ramlee:........(Tersenyum)

Selesai solat Ramlee memeriksa kakinya. Bengkak sedikit.

Ramlee:....(Tersenyum)

Sedang Ramlee baring menunggu matanya terlelap terasa badannya seperti panas. Ramlee menyelak bajunya, nampak tanda tanda alahan. Ramlee memang ada alahan dengan sengatan lebah, tebuan dan penyengat.

Ajis: Sudah kena?
Ramlee:....(Tersenyum)

Ramlee sms Tuan Haji Bakhil untuk menghantarnya ke klinik kerana Ramlee tidak mempunyai kenderaan. Setelah menjawab segala persoalan Tuan Haji Bakhil, Tuan Haji Bakhil bersetuju untuk membawanya ke klinik panel syarikatnya.

Doktor: We'll give you steroid injection.
Ramlee:.........(Tersenyum)
Doktor: This going to be hurt a little bit because we don't have small needle.
Ramlee:....(Tersenyum)
Doktor:........(Inject)
Ramlee:......(Tersenyum)
Doktor: Are you okey?
Ramlee:.......(Tersenyum)

Selang beberapa saat.

Gelap gelita.

Jururawat: Encik Ramlee? Encik Ramlee?
Ramlee:........(Tersenyum)
Jururawat: Encik Ramlee pengsan tadi. Encik Ramlee jatuh kepala dulu. Encik Ramlee okay tak ni?
Ramlee:.....(Tersenyum)
Doktor: Are you okey Encik Ramlee?
Ramlee:......(Tersenyum)
Jururawat dan doktor: Thank god.

Ramlee tak faham bahasa inggeris dan fobia dengan jarum. Ramlee tak ada idea apa yang berlaku di klinik tadi dan masih kebingungan...


via BlackBerry® smartphone

Sunday, May 29, 2011

Tarikh Dikilang

Ramlee baru sahaja selesai melipat pakaian pakaian yang baru diambil dari ampaian petang tadi dan menyusun rapi pakaian pakaian tersebut di dalam almari. Ramlee menepuk pakaian yang disusunnya itu dua tiga kali. Tiada habuk, Ramlee tersenyum puas. Sejak mengunakan sabun jenis cecair ni pakaian menjadi wangi dan tidaklah berhabuk bulu kain. Ramlee terasa berbaloi dengan pelaburannya membeli sabun jenis cecair yang agak mahal dari jenis serbuk. Ramlee menutup pintu almari pakaiannya. Seperti biasa, jika waktu antara magrib dan isya, Ramlee akan bermalas malasan di tilamnya dengan kain pelikat. Malas benar Ramlee hendak menukar pakaiannya 2 3 kali. Ramlee terpandang kotak rokok milik Ajis. Tertulis di kotak rokok tersebut "Tarikh Dikilang: 18/03/11". Ramlee tersenyum.

Disuatu tempat yang agak terpencil di Negeri Sembilan, Ulu Pondoi.

Usop: Kita berhenti di sinilah, aku dahaga. Panas betul hari ini kan? Kita tunggu mereka di warung itu.(Sambil menunding jari ke arah warung kayu di tepi jalan.)
Sham: Jom.
Amir: Jom
Ramlee: .........(Tersenyum)

Sampai di warung...

Usop: kita minum air botol sahaja lah ya? Takut nanti mereka sampai kita tak habis minum lagi.
Sham: Ok.
Amir: Ok.
Ramlee:.........(Tersenyum)

Usop: Adik, bagi kami semua air soya dalam botol ya?

4 botol air soya sudah di atas meja. Serentak semua sekali menyambarnya, membukanya, dan meminumnya.

Ramlee: Tarikh Dikilang 10 haribulan 3, 2011. Hari ini 15 haribulan 3, 2011.
Usop: .......(Muntah)
Sham:......(Muntah)
Amir:.....(Muntah)

Ramlee: Tarikh luput 10 haribulan 9, 2011.
Usop: Ish!!
Sham: Ish!!
Amir: Ish!!

Ramlee:..............(Tersenyum)
Usop: Apa senyum senyum?
Sham: Apa senyum senyum?
Amir: Apa senyum senyum?


via BlackBerry® smartphone

Ramlee dan Janda

Pagi ni Ramlee tidak berapa sihat. Selsema semalam sudah hilang tetapi sakit tekak pula yang datang menyapa Ramlee. Mata Ramlee berkelip kelip memandang siling kabinnya. Ramlee termenung seketika. Ramlee berkalih ke kanan dan melihat jam, pukul 530am. Bersusah payah Ramlee melawan syaitan yang bergayut dibadannya untuk bangun menunaikan kewajipannya. Ramlee mencapai kain tuala lusuhnya dan lampu suluh. Ramlee mengeliat untuk menegangkan urat urat yang semalaman tidak aktif. Ramlee membuka pintu kabinnya. Ramlee terkejut melihat si Janda dan anak anaknya tidur diluar kabinnya. Ramlee tersenyum.

Ramlee: Janda... Janda.... (Sambil mengoyangkan dengan perlahan lahan badan Janda)
Janda:................(tidur)
Ramlee: Janda! Bangun! Kenapa tidur depan pintu ni?
Janda:................(Diam seribu bahasa sambil bermalasan bangun menukar posisi tidurnya)
Ramlee: Janda.... Kenapa ni.. Kenapa tidur sini? Kesian kat anak anak kesejukan. Pergilah tidur kat rumah bawah tu.
Janda:.............(Masih terdiam dengan mata berkelip-kelip memandang Ramlee yang hanya berseluar pendek itu)
Ramlee: ...................(Tersenyum)

Baru sahaja Ramlee hendak beredar pergi ke telaga.....

Janda: Miauuuuuuuu.... Miauuuuuu.... Miauuuuuu......


via BlackBerry® smartphone

Saturday, May 28, 2011

Apa pun tak boleh

Keadaan di kabin Ramlee dan Ajis menampakkan suasana santai. Ramlee yang baru selesai solat maghrib kelihatan terlentang sambil BBM dengan tunangnya. Ajis membuat kajian di Facebook nya. Kedua dua pemuda ini tidak mengeluarkan sebarang bunyi kecuali bunyi bunyian semulajadi yang rancak memecah keheningan malam Ramlee dan Ajis. Sesekali terdengar salakan anjing di kejauhan, sayup sayup tetapi tidak menyayukan malah dirasakan seperti korus musik malam.

Ramlee: APA PUN TAK BOLEH!
Ajis:..................(Tersenyum)

Suasana kembali tenang cuma kali ini diiringi dengan senyuman Ramlee dan Ajis.


via BlackBerry® smartphone

Menjaga hati

Sesekali Ramlee teringat pesanan Pendekar Mustar.

"Ramlee, hati kita kalau boleh jangan mengharapkan orang lain menjaganya. Silap besar kalau kau berbuat begitu. Tidak semua orang akan ada bila kau perlukan untuk menjaga hati kau. Kerana kita semua manusia adalah zahirnya tidak sempurna melainkan mambang menjadi kawan kau yang boleh kau seru bila perlukan bantuan."

Disusuli pesanan kedua...

"Jangan berkawan dengan mambang!"

Dan kemudian pesanan ketiga

"Kita pun sama, kita pun belum tentu lagi dapat selalu menjaga hati orang lain ketika orang lain perlukan kita..."

.................Ramlee tersenyum.
via BlackBerry® smartphone

Disuatu pagi yang damai

Toot... Toot... Bunyi telefon bimbit Ramlee

+6037875*801: Hello En. Ramlee.
Ramlee: Hello En. +6037875*801
+6037875*801: Saya membuat panggilan ini kerana ingin menyatakan En. Ramlee sudah beberapa bulan tidak membayar hutang bank #####. En. Ramlee sedar tak apa yang En. Ramlee buat ni?
Ramlee: (Sambil tersenyum) Saya minta maaf. Saya memang tiada duit untuk membayarnya sekarang. Gaji pun saya tidak dapat lg.
+6037875*801: Habis tu?
Ramlee: Ada tak jalan penyelesaian lain. Untuk membayar semua sekali memang saya tak mampu.
+6037875*801: Isnin ini saya akan keluarkan surat sita rumah di alamat ************************.
Ramlee: Itu rumah ibubapa saya. Saya tiada harta untuk disita. Saya betul betul susah sekarang. Saya tiada duit untuk membayarnya semua sekali dalam waktu terdekat ini.
+6037875*801: Kau ni bodohlah! Tak ada duit janganlah berhutang! Sekarang rumah mak bapak kau aku sita sebab kau haram tak ada harta! Siap kau!!
Ramlee:............(Tersenyum)

Bank sekarang dah macam ALONG. Kalau dah ada duit, buat apa buat pinjaman dengan bank.

............Tersenyum.


via BlackBerry® smartphone

Friday, May 27, 2011

Pukul 9 malam

Sedang Ajis dan Ramlee bersenang senang di dalam kabin. Ajis asyik dengan dengan komputer riba milik syarikat bermain yahoo messenger dan Ramlee dengan Blackberrynya asyik dengan Facebook sambil gitar dibiarkan di atas perutnya.

Ajis: Ramlee, kau tak lapar ke?
Ramlee:..........(Tersenyum)

Singkat sahaja perbualan itu, kemudian sunyi kembali menyelubungi kabin. Masing masing dengan perlakuan masing masing.

KREOOOKKK KRUKKK KRIK KROOOTTT bunyi perut yang luar biasa kuatnya memecah kesunyian.

Ajis:.................(Tersenyum)
Ramlee:................(Tersenyum)

*gitar kalau diletakkan di atas perut, bunyi dari dalam perut akan bergema di dalam tabung gitar dan seterusnya akan menguatkan bunyi perut tersebut sebanyak 2 hingga 3 kali ganda.


via BlackBerry® smartphone

Kurus

Sedang lepak lepak petang. Berlaku perbualan anta Ajis dan Ramlee. Sudin tak ada sebab masih lagi bercuti di kampung halamannya.

Ajis: Ramlee, kenapa kau ni aku tengok kurus sahaja.
Ramlee:.............(Tersenyum)
Ajis: Kau tak nak cuba makan ubat ke, vitamin ke, susu yang menggemukkan badan ke...
Ramlee:...............(Tersenyum)
Ajis: Berat kau berapa ya?
Ramlee: Lima puluh lapan..................(Tersenyum)
Ajis: Oh........
Dalam hati Ajis: Aku empat puluh dua.



via BlackBerry® smartphone

Surat Ramlee

Salam Bos,

Kenapa Bos buat saya Tersenyum dengan cara Bos buat kerja?

Yang Benar,
Ramlee


via BlackBerry® smartphone

Thursday, May 26, 2011

Karok

Di suatu petang di One Borneo...

Sebab ketiadaan Sudin yang pulang bercuti Ramlee dan Ajis kebosanan di kabin telah keluar berjalan jalan ke One Borneo..

Ajis: Ramlee, kau ada sibuk tak?
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: Jom tengok wayang? Cerita kongsi.
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: kita karok nak?
Ramlee:........(Tersenyum)

Dikaunter pusat karaoke.

Ajis: Saya yakin betul saya nak SATU JAM!
Ramlee:.......(Tersenyum)

Didalam bilik karaoke

Ajis: Ramlee! Pilih lagu!
Ramlee:.......(Tersenyum)

Ada dua mikrofon didalam bilik tu. Selesai Ramlee pilih lagu.

Lagu pertama. Matahariku nyanyian Agnes Monica

Ajis:.......(Terkedu)
Ramlee:......(Tersenyum)

Lagu kedua Gemuruh nyanyian Awie dan Amy Search

Ajis:................... (Nyanyi dengan penuh perasaan sampai berkerut dahi tetapi pitching lari, tempo lari, senang cerita hancur habis)
Ramlee:..........(Tersenyum)

Lagu ketiga Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof

Ajis:.............(Lagi teruk perangai, nak tiru suara awie tapi jadi suara sawi, nak tiru suara amy search jadi suara sami vell.)
Ramlee:..............(Tersenyum)

Lagu keempat I don't want miss a thing

Ajis: (separuh je bleh nyanyi, suara dah tak ada)
Ramlee:..............(Tersenyum sambil tarik suara menyanyikan lagu kegemarannya itu)

Selepas satu jam Ajis dan Ramlee keluar dari bilik karaoke tu.

Ajis: Wah, dasyat la kau Ramlee.
Dalam hati Ajis: Macam kambing
Ramlee:............(Tersenyum)
Dalam hati Ramlee: Tengok Ajis yang menyanyi lagi sedap dari aku dah tak boleh tahan. Macam mana agak Ajis tengok aku nyanyi ye?

Dua dua tersenyum dari One Borneo hinggalah sampai ke kabin.

*cerita ini rekaan semata mata.


via BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 24, 2011

Senario

Selepas Ramlee bentangkan ideanya.

Boss: Saya tak faham kenapa tempat lama awak tak hargai betul betul pekerja macam awak. Rugi besar. Dalam pengurusan Human Resource paling penting. Kalau saya, saya akan develops awak betul betul. Awak ada potensi.
Ramlee: .......... (Tersenyum)
Boss: Saya akan cuba apa yang saya boleh buat.
Boss menjeling pada pengurus projet.
Boss: Ermmm... Shiela, kita ada tak program macam kenaikan pangkat ke, peluang untuk sambung belajar ke, untuk staff kita yang macam Ramlee ni. Rugi tau kalau kita sia siakan pekerja macam Ramlee ni.
Shiela: Nanti saya check, saya pun tak pasti.
Ramlee:......(Tersenyum)
Boss: Takpe Ramlee, awak di tempat yang betul sekarang, saya akan cuba apa yang termampu. Awak teruskan kerja bagus macam ni ya? Awak tak akan rugi.
Ramlee:......(Tersenyum)

Selepas 6 bulan.

Toot... Toot... (Bunyi telefon bimbit)

Sudin: Hello sayang...
Kekasih Sudin: Hello abang, abang... Tadi Boss ada datang meeting dengan kumpulan projet sayang, Boss abang cakap kumpulan abang tak bagus, tak pandai buat kerja, dia cakap dia pulak yang nak kene buat inisiatif sendiri untuk kumpulan abang. Dia cakap macam baya gaji buta je kat kumpulan abang tu. Geram je sayang dengar.

Sudin menceritakan perkara tersebut kepada Ramlee.

Ramlee:.........(Tersenyum)

Selang beberapa hari.

Sheila: Ramlee, saya minta maaf banyak banyak. Awak punya gaji kena balik ke gred SPM balik. Boss yang suruh.
Ramlee:.....(Tersenyum)

Selang beberapa hari lagi.

Sheila: Ramlee, kami terpaksa pecahkan kumpulan awak. Sekarang awak seorang diri sahaja di lapangan. Sudin dengan Ajis boss arahkan balik buat kerja kerja di pejabat.
Ramlee:.......(Tersenyum)

Sekarang idea Ramlee sudah ditangan boss. Dan sudah pun dibocorkan kepada rakan kolaberasi boss. Ramlee hanya tersenyum...

*mana ada Ramlee tersenyum.... Hehehhe... Impak akan terasa tidak lama lagi. Ramlee tidak lagi tersenyum kosong. Kali ini senyum yang penuh dendam didada.....




via BlackBerry® smartphone