Otak manusia lain lain. Jadi dari situlah apa pun mempunyai maksud berbeza. Benda mudah macam 'ya' atau 'tidak' pun boleh mempunyai berbagai maksud. Apatah lagi perbuatan. Macam perbuatan ringkas seperti lempang pun mempunyai pelbagai variasi maksud. Pernyataan seperti "aku tidak bermaksud" pun mempunyai maksud walaupun terang-terang diucapkan 'tiada maksud'.
Ada 'orang' tu cakap aku 'sot' ('short circuit' dalam versi lidah pendek kot.. Hehe). Bila tanya 'kenapa?' selalulah jawapan aku 'xtau' 'ntah' 'kot'.. Itu contoh maksud yang keliru. Mengikut kata hati. Pepatah lama mengatakan ikut hati mati. Mungkin 'ya' mungkin 'tidak'.. Nampak?
Inilah kekeliruan, di mana permulaan kesesatan. Sesat di dalam akal sendiri. Itulah yang terjadi apabila hati yang memandu akal. Jika akal ikhlas menerima arahan hati, tiadalah kekeliruan.. Yang ada hanyalah penyesalan jika ia tidak mengena selera ataupun bercanggah dengan lumrah. Kekeliruan jika tiada penjelasan boleh memburukkan lagi keadaan. Seperti mimpi, hidup dalam fantasi. Dalam fantasi kita tidak mati. Kita tidak tersakiti. Hidup yang tidak nyata. Hidup yang tidak jelas.
Jadi apa maksud aku melalut pagi pagi buta ini?
#tolongpanduaku
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment