Wednesday, April 10, 2013

Kawan

Salam kawan,

Aku ingat kita macam adik beradik, kawan rapat aku saudara yang dicincang takkan putus. Banyak yang kita lalui. Banyak yang kau dah tolong aku. Aku sayang kawan aku ni sampai aku rela stay back dan berusaha padahal aku ada benda yang lagi cerah di sini. Aku rela bersusah payah berpenat lelah berusaha untuk 'kawan' aku. Aku sedikit kecewa bila cara kau minta hutang kau macam kau minta dengan cina yang kau tak pernah kenal hati budi. Ya, aku sedar... aku berhutang dengan kau pada value yang jelas dan nyata. Tapi janganlah sampai kau terlupa, aku tidak pernah lari dari hutang itu. Langsung tiada niat untuk aku lari dari hutang. Kau macam tidak saksikan sendiri bertapa aku berusaha. Aku bukan duduk saja saja goyang kaki dan enjoy life aku. Langsung tidak. Rezeki tidak masuk betul betul kat aku. Kalau aku main tipu mungkin senang lenang sudah aku sekarang ini.

Kawan,

Cara kau buat aku sedar. Bukan senang nak cari kawan yang betul betul kawan. Berat hati aku untuk tinggalkan kau. Kau mungkin tidak sedar, sepanjang aku berusaha bersama sama dengan kau, disiplin kaulah yang buat kita semua rugi. Kau mungkin kira rugi kau sahaja. Bertapa kau senang buat yang statik sahaja. Cuba kau jadi aku, travel sana sini untuk jalankan perusahaan. Jumpa orang ini dan itu, Buat ini dan itu. Berapa banyak pula aku yang berhabis semata mata untuk itu. Bermusafir dengan penuh risiko, ketidak selesaan, rehat pun merata rata tempat yang tidak tentu. 24 jam pejam celik aku hanya untuk kita berjaya dalam perusahaan tapi, sampai bahagian kau dengan disiplin kau... Aku redha. Tampak macam selesa dan tiada apa apa sebab aku tidak mengeluh.

Kawan,

Sanggup aku berhenti kerja untuk terus menyambung kudrat aku untuk kita semua. Kalau hutang itu yang jadi ukuran kau maka aku telah tersilap langkah. Shame on me. Kau tahu kalau aku terima 'job' lain maka aku akan terputus dengan kau. Aku tidak mahu itu sebab aku percaya kau orang yang aku boleh berkawan sampai hujung nyawa aku. Aku percaya kalau kita berusaha lambat laun akan berhasil juga. Kau nampak tapi sekarang kau buta. Kau minta hutang kau macam aku ini orang asing. Sedih hati aku bila baca mesej kau.

Kawan,

Rezeki aku agak mahal sekarang. Banyak yang aku buat tidak menjadi, malah kena kencing pun ada dan kau tahu itu. Malah lebih tahu dari orang lain. Tapi kenapa susah untuk kau faham? Kau nampak aku tidak pernah duduk diam. Fail yang ini aku buat yang itu, fail itu aku buat ini, fail fail fail fail tapi aku tidak pernah putus asa. Malah untuk diri aku sendiri pun tidak pernah ngam, ada terkumpul aku melabur di sana. Balik balik fail.

Kawan,

Kalau aku mahu lari, sudah lama aku lari. Kalau ikutkan rekod, tiada apa apa yang menjadi di sana. semua merugikan aku. Tapi aku tidak pernah serik sebab kau ada di sana. Kalau diikutkan fakta dan logik, aku tidak jadi macam ini kalau bukan kerana aku mahu bertahan di sana bersama sama dengan kau. Dari awal kita kenal, tujuan aku tidak pernah berubah, cuma cara aku yang berubah sebab satu apa pun tidak menjadi. Kalau aku tidak fight untuk stay di sana, mungkin sekarang aku sudah ada anak bini. Mungkin aku sudah steady dengan life aku sendiri. Mana mahu cari perempuan yang boleh ikut cara aku untuk bertahan dengan kau macam ni? Mana mahu cari masa untuk aku sendiri.

Kawan,

Ini kisah aku, satu soalan yang aku tidak pernah boleh jawab dengan tepat. "Kau sekarang kat mana?". Jawapan aku yang tepat adalah MALAYSIA. spesifik? tiada. kenapa? gara gara aku mahu di sana. aku balik sini untuk berusaha, berbuah hasil aku balik lagi sana, melabur dan hancur lebur. Aku balik lagi sini, berusaha, berhasil dan balik lagi sana jadi lagi hancur lebur itu. Begitulah life aku. Jadi di mana steady untuk aku? Tapi aku tidak pernah serik. Sebab aku ada kau di sana.  Mungkin kau tidak nampak.

Kawan,

Jangan bimbang. Sekarang aku sudah tahu kedudukan aku dan aku akan cuba langsaikan 'hutang' aku itu SEMUA SEKALI. Kalau aku tahu kiblat kau dari dulu, senang aku selesaikan. Tidaklah aku berusaha bersusah payah di tempat yang sebenarnya bukan untuk aku.



Maafkan aku kawan sebab aku buat kau dan anak bini kau ikut susah sampai tidak makan...

0 comments: