Wednesday, September 19, 2012

Nampak Macam Senang

Pepatah melayu ada menyebut "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Bila sebut pepatah ni di zaman penuh canggih ni nampak macam kuno. Jarang yang nampak berat bahu memikul, yang nampak lumayan sahaja. Kalau lumayan mula lah hasad dengki. Bila buat sendiri.. Baru tersedar bertapa berat bahu yang memikul. Kalau tidak lumayan? Jangan harap nak fikir kuderat orang tu.

Pepatah melayu juga ada menyebut "ringan sama dijinjing berat sama di pikul". Pepatah ini juga kebanyakan orang sudah mengangap kuno. Sebab itu, yang ringan adalah tolong sikit sikit, yang berat? Silap haribulan tambah lagi pemberat.

Dua pepatah ini datang dalam satu set untuk menunjukan kesinambungan kerjasama dan menghargai. Lihat, bagaimana nenek moyang kita sustain akhlak yang mulia ini.

Nampak macam simple, TETAPI tanpa ITU maka hilanglah keseimbangan sosial malah ekonomi. Pentingkan diri sendiri, hasad dengki, ambil hak orang, keBENDAan dan sebagainya...

Di sinilah banyak orang yang baik pemikirannya tetapi tidak kuat pendiriannya terpaksa jadi kotor untuk meneruskan kehidupannya. Sayang... Seribu kali sayang...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: