Wednesday, August 24, 2011

Menunggu kapal terbang.

Aku menulis catatan ini sementara aku menunggu kapal terbang untuk pulang ke kampung halamanku. Kapal terbangku dijadualkan berlepas lewat 10 minit iaitu pukul 940. Aku pula sudah tiba di Lapangan Terbang Tawau sejak dr pukul 6 lagi. Semangat tak?

Sementara menunggu, aku terfikir... Hidup ini sebenarnya asasnya menunggu. Banyak kita tunggu. Tunggu gaji, tunggu habis waktu kerja, tunggu kawin, tunggu dapat anak, tunggu orang, tunggu rancangan television, tunggu kapal terbang macam aku sekarang ini, tunggu itu, tunggu ini. Patutlah dalam islam sabar itu separuh daripada iman. Mana tidaknya, menunggu memerlukan kesabaran. Penungguan itu pula adalah kerja harian kita. Hampir setiap masa kita menunggu. Hampir setiap detik kita menunggu. Pasti ada sahaja yang kita tunggu. Kesabaran juga selalu menduga penungguan. Lagi lama kita menunggu, lagi kuat dugaan yang datang.

Pada pengamatan aku, menunggu boleh diketegorikan kepada 2. Menunggu yang pasti dengan menunggu yang tidak pasti. Aku yakin semua orang terjebak dengan kedua duanya. Bagaimana kita menghadapinya? Di sinilah kesabaran sangat penting. Banyak langkah tersilap kerana kesabaran.

Sempena bulan Ramadhan ini, aku ingin sekali menyeru kepada semua termasuk diri aku sendiri untuk lebih bersabar. Dalam tidak sedar, menunggu waktu berbuka puasa adalah latihan kesabaran. 30 hari kita mempraktikkan diri kita untuk bersabar, apa kata kita terapkan latihan itu ke dalam kehidupan kita seharian. Sedikit demi sedikit. Ayuh!!

*bila nak berlepas ni....




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: