Friday, July 8, 2011

post sempena BERSIH 2.0

Aku tahu setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Memang tidak dinafikan. TETAPI... barang harus diingat, tidak semua pendapat boleh diterima pakai. Contoh:


*situasi di tempat pembesaran ikan yang sudah 3 bulan terbengkalai.
Sudin    : Pada pendapat aku, ikan ni mati bukan sebab tak bagi makan, sebenarnya sebab cuaca sekarang yang sekejap hujan sekejap panas.
Ajis       : Kenapa kau berpendapat sedemikian Sudin?
Sudin    : Kau tengoklah cuaca sekarang... Kejap hujan... Kejap panas... Kita pun boleh demam.
Ajis       : Betul juga tu. Ramlee? Apa pendapat kau?
Ramlee : Aku tak setuju.
Ajis       : Kenapa kau tidak setuju Ramlee?
Ramlee : Orang kalau tak makan boleh mati. Ikan lagi lah. hujan panas orang boleh demam, ikan pun demam je la jika itu yang Sudin maksudkan, bukan mati.


Pendapat mesti disokong dengan fakta. Bukan dengan manipulasi dan provokasi. Pendapat membuta tuli hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


Cerita BERSIH 2.0.


Pada pendapat aku, BERSIH 2.0 bagus. Kenapa?


Tujuan himpunan Bersih 2.0 ni adalah untuk menuntut supaya SPR berubah jadi lebih bersih dan telus dan digariskan dalam 5 + 2 tuntutan, 5 tu yang tuntutan himpunan BERSIH pertama dulu yang masih belum SPR tunaikan dan ditambah lagi 2 untuk Bersih 2.0:

  1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  2. Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  4. Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang Tempoh kempen minimum 21 hari
  5. Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya Menghapuskan rasuah pilihan raya
Sefaham aku dari tuntutan BERSIH itu, BERSIH hanya mahukan pilihanraya yang BERSIH. Biar pengundi yang tentukan kerajaan. Kalau ramai yang undi BN, BN lah yang menang. Apa masalah dengan pilihanraya yang BERSIH? Tidak ada kan? Siapa yang tidak suka pilihanraya yang adil? Siapa yang tidak suka pilihanraya yang telus? Orang jenis apa macam tu? 

(dipetik dari muslimeen united)
Dalam banyak-banyak komen pasal Bersih ni, komen dari Muhyiddin Yasin yang paling tepat sekali. Macam dilaporkan Malaysiakini:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini. - 
Mkini.
Untuk BERSIH menang tak kena tapi untuk PAS memang sangat tepat. Tak payah bagitau pun semua orang tau. memang kerja PAS sekarang ni nak tumbangkan Umno BN.

Secara rasminya BERSIH memang bukan gerakan parti politik. Mat Sabu larang bawak bendera PAS, kalau nak bawa bendera pun bawa bendera Malaysia atau bendera negeri. Tapi sebagai pemimpin parti politik dah tentu la Mat Sabu gunakan BERSIH 2.0 untuk kepentingan politik. Dan kepentingan politik paling utama untuk PAS untuk saat dan ketika ni memang la nak tumbangkan Umno Barisan Nasional. 

Nak jalan pintas ke Putrajaya macam mana? SPR tunaikan atau tak tuntutan tu, apa sangat yang PAS boleh buat selain dari tunggu PRU13 dan harap rakyat Malaysia terutama sekali orang melayu ramai-ramai beralih dari mengundi BN kepada PR.


Akhir kata, pengotor memang tidak suka pembersih. Siapa kotor siapa bersih terpulang kepada pendapat masing masing.






والله أعلمُ بالـصـواب





0 comments: