Thursday, July 28, 2011

Aku dan Gee

Hampir 80% masa aku adalah bersama Gee. Keakraban kami memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Lihat saja ketika aku balik dari kedai atau dari kerja atau dari mana mana sahaja, Gee lah yang menunggu aku. Setiap kali tanpa pernah gagal. Ketika aku memasuki pagar rumah aku Gee akan berlari balik ke rumah ataupun memang sudah sedia ada di pankin depan rumah aku. Ketika aku solat Gee menunggu di pintu bilik, ketika mandi Gee ada di luar bilik air aku, ketika memasak Gee tetap ada di dapur bersama sama aku, ketika aku siap siap hendak tidur Gee lah yang lebih dari bersedia untuk tidur sekali. Ketika bangun tidurku dalam keadaan mamai di situ juga Gee masih ada disamping aku. Walaupun sesekali ketika malam sudah lewat dan aku masih lagi mempunyai tetamu melepak di rumah aku Gee pasti akan berada diriba aku. Ketika aku makan, pasti Gee akan makan apa sahaja yang aku makan termasuk cornflake, roti, biskut, kek tidak kira apa, asalkan Gee nampak masuk mulut aku itulah yang akan dipinta tanpa mengira erti putus asa. Nasib baik rokok Gee tidak berminat. Ketika aku main angry bird, Gee yang paling bersemangat menangkap angry bird yang aku lastik itu sampai tensyen aku dibuatnya. Ketika aku syok sendiri main gitar Gee pasti akan bermain dengan tali gitar yang aku biarkan berlebihan. Waktu yang Gee paling suka ialah ketika aku memberi makan ikan. Lagak Gee seperti kanak kanak riang di pagi raya, melompat lompat, mengiau ngiau tiap kali ikan menyambar makanan. Kalau boleh mahu saja aku bagi ikan ni makan 5 kali sehari.

Sejak aku tinggal seorang diri ni, kerenah Gee lah yang banyak mengisi kekosongan rumah ni. Dahulunya rumah ini dipenuhi dengan orang kini tinggal aku seorang. Sesekali kesunyian tu terasa seperti penyakit jiwa, tetapi sejak aku mula menghargai Gee lebih dari sebelum ini, kekosongan yang aku rasa tu mulai beransur hilang.

Terima Kasih Gee...

0 comments: