Tuesday, May 24, 2011

Senario

Selepas Ramlee bentangkan ideanya.

Boss: Saya tak faham kenapa tempat lama awak tak hargai betul betul pekerja macam awak. Rugi besar. Dalam pengurusan Human Resource paling penting. Kalau saya, saya akan develops awak betul betul. Awak ada potensi.
Ramlee: .......... (Tersenyum)
Boss: Saya akan cuba apa yang saya boleh buat.
Boss menjeling pada pengurus projet.
Boss: Ermmm... Shiela, kita ada tak program macam kenaikan pangkat ke, peluang untuk sambung belajar ke, untuk staff kita yang macam Ramlee ni. Rugi tau kalau kita sia siakan pekerja macam Ramlee ni.
Shiela: Nanti saya check, saya pun tak pasti.
Ramlee:......(Tersenyum)
Boss: Takpe Ramlee, awak di tempat yang betul sekarang, saya akan cuba apa yang termampu. Awak teruskan kerja bagus macam ni ya? Awak tak akan rugi.
Ramlee:......(Tersenyum)

Selepas 6 bulan.

Toot... Toot... (Bunyi telefon bimbit)

Sudin: Hello sayang...
Kekasih Sudin: Hello abang, abang... Tadi Boss ada datang meeting dengan kumpulan projet sayang, Boss abang cakap kumpulan abang tak bagus, tak pandai buat kerja, dia cakap dia pulak yang nak kene buat inisiatif sendiri untuk kumpulan abang. Dia cakap macam baya gaji buta je kat kumpulan abang tu. Geram je sayang dengar.

Sudin menceritakan perkara tersebut kepada Ramlee.

Ramlee:.........(Tersenyum)

Selang beberapa hari.

Sheila: Ramlee, saya minta maaf banyak banyak. Awak punya gaji kena balik ke gred SPM balik. Boss yang suruh.
Ramlee:.....(Tersenyum)

Selang beberapa hari lagi.

Sheila: Ramlee, kami terpaksa pecahkan kumpulan awak. Sekarang awak seorang diri sahaja di lapangan. Sudin dengan Ajis boss arahkan balik buat kerja kerja di pejabat.
Ramlee:.......(Tersenyum)

Sekarang idea Ramlee sudah ditangan boss. Dan sudah pun dibocorkan kepada rakan kolaberasi boss. Ramlee hanya tersenyum...

*mana ada Ramlee tersenyum.... Hehehhe... Impak akan terasa tidak lama lagi. Ramlee tidak lagi tersenyum kosong. Kali ini senyum yang penuh dendam didada.....




via BlackBerry® smartphone

0 comments: