Thursday, May 26, 2011

Karok

Di suatu petang di One Borneo...

Sebab ketiadaan Sudin yang pulang bercuti Ramlee dan Ajis kebosanan di kabin telah keluar berjalan jalan ke One Borneo..

Ajis: Ramlee, kau ada sibuk tak?
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: Jom tengok wayang? Cerita kongsi.
Ramlee:......(Tersenyum)
Ajis: kita karok nak?
Ramlee:........(Tersenyum)

Dikaunter pusat karaoke.

Ajis: Saya yakin betul saya nak SATU JAM!
Ramlee:.......(Tersenyum)

Didalam bilik karaoke

Ajis: Ramlee! Pilih lagu!
Ramlee:.......(Tersenyum)

Ada dua mikrofon didalam bilik tu. Selesai Ramlee pilih lagu.

Lagu pertama. Matahariku nyanyian Agnes Monica

Ajis:.......(Terkedu)
Ramlee:......(Tersenyum)

Lagu kedua Gemuruh nyanyian Awie dan Amy Search

Ajis:................... (Nyanyi dengan penuh perasaan sampai berkerut dahi tetapi pitching lari, tempo lari, senang cerita hancur habis)
Ramlee:..........(Tersenyum)

Lagu ketiga Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof

Ajis:.............(Lagi teruk perangai, nak tiru suara awie tapi jadi suara sawi, nak tiru suara amy search jadi suara sami vell.)
Ramlee:..............(Tersenyum)

Lagu keempat I don't want miss a thing

Ajis: (separuh je bleh nyanyi, suara dah tak ada)
Ramlee:..............(Tersenyum sambil tarik suara menyanyikan lagu kegemarannya itu)

Selepas satu jam Ajis dan Ramlee keluar dari bilik karaoke tu.

Ajis: Wah, dasyat la kau Ramlee.
Dalam hati Ajis: Macam kambing
Ramlee:............(Tersenyum)
Dalam hati Ramlee: Tengok Ajis yang menyanyi lagi sedap dari aku dah tak boleh tahan. Macam mana agak Ajis tengok aku nyanyi ye?

Dua dua tersenyum dari One Borneo hinggalah sampai ke kabin.

*cerita ini rekaan semata mata.


via BlackBerry® smartphone

0 comments: