Thursday, July 28, 2011

Aku dan Gee

Hampir 80% masa aku adalah bersama Gee. Keakraban kami memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Lihat saja ketika aku balik dari kedai atau dari kerja atau dari mana mana sahaja, Gee lah yang menunggu aku. Setiap kali tanpa pernah gagal. Ketika aku memasuki pagar rumah aku Gee akan berlari balik ke rumah ataupun memang sudah sedia ada di pankin depan rumah aku. Ketika aku solat Gee menunggu di pintu bilik, ketika mandi Gee ada di luar bilik air aku, ketika memasak Gee tetap ada di dapur bersama sama aku, ketika aku siap siap hendak tidur Gee lah yang lebih dari bersedia untuk tidur sekali. Ketika bangun tidurku dalam keadaan mamai di situ juga Gee masih ada disamping aku. Walaupun sesekali ketika malam sudah lewat dan aku masih lagi mempunyai tetamu melepak di rumah aku Gee pasti akan berada diriba aku. Ketika aku makan, pasti Gee akan makan apa sahaja yang aku makan termasuk cornflake, roti, biskut, kek tidak kira apa, asalkan Gee nampak masuk mulut aku itulah yang akan dipinta tanpa mengira erti putus asa. Nasib baik rokok Gee tidak berminat. Ketika aku main angry bird, Gee yang paling bersemangat menangkap angry bird yang aku lastik itu sampai tensyen aku dibuatnya. Ketika aku syok sendiri main gitar Gee pasti akan bermain dengan tali gitar yang aku biarkan berlebihan. Waktu yang Gee paling suka ialah ketika aku memberi makan ikan. Lagak Gee seperti kanak kanak riang di pagi raya, melompat lompat, mengiau ngiau tiap kali ikan menyambar makanan. Kalau boleh mahu saja aku bagi ikan ni makan 5 kali sehari.

Sejak aku tinggal seorang diri ni, kerenah Gee lah yang banyak mengisi kekosongan rumah ni. Dahulunya rumah ini dipenuhi dengan orang kini tinggal aku seorang. Sesekali kesunyian tu terasa seperti penyakit jiwa, tetapi sejak aku mula menghargai Gee lebih dari sebelum ini, kekosongan yang aku rasa tu mulai beransur hilang.

Terima Kasih Gee...

Monday, July 18, 2011

The hypocrite looks for faults while the believer looks for excuses.


via BlackBerry® smartphone

Speed up your blackberry

1. Usahakan tiap 2-3 hari sekali, cabut bateri BB, dan diamkan selama 1-2 minit, ini fungsinya untuk membuang dan menghapus sisa-sisa file yg tidak terpakai akibat proses chatting maupun browsing.

2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan tombol ALT+L G L G..akan muncul dilayar hasil log,tekan tombol logo  ,pilih Clear Log (jk bhs inggris), atau bersihkan Log (jk bhs melayu), tekan Delete.

3. Lakukan juga secara rutin Cleaning Memory, dgn cara, pilih Options, Security Options, Cleaning Memory, tekan tombol logo  ,pilih Clean Now.

4. Tiap 2-3 hari sekali,lakukan Host Routing Table, dengan cara pilih Options, Advanced Options, pilih Host Routing Table, tekan tombol logo  ,pilih Register Now.

5. Dan setelah step ke 4 diatas,lakukan juga tiap 2-3 hari sekali Diagnostic Test, ini sangat penting. Kerana lwt inilah kelihatan dilayar apakah BB kita connection semua,baik PIN, Register maupun Email connection. Dengan cara, pilih Options, Mobile Network, setelah itu tekan logo  ,pilih Diagnostic Test, lalu tekan lagi tombol logo  ,pilih RUN,biarkan sampai proses berjalan Completed, jika hasil proses ada yg Abort,ulangi lg agar hasil jgn sampai ada yang Abort..

Itulah tips agar BB kita lancar, stabil dan tidak lembab. Semoga bermanfaat..Ingat, tips diatas bukan cuma diusahakan dilakukan, tetapi harus, agar BB lancar dan tidak lembab..Karena BB bukan HP GSM biasa..BB (Blackberry) adalah Smartphone..


via BlackBerry® smartphone
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


via BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 13, 2011

lagu sempena BERSIH 2.0

Tuesday, July 12, 2011

INSPIRING STORIES


I was not there, I cannot trust mainstream media, what should I do? We all knows that its a mind blowing event or should I say phenomena? How to feel it? Pictures speak the truth, video shows the motion pictures. But stories goes straight to the brain as we read with the brain, I can feel I was there, feel the environment, feel the spirit... I got goose bump when read all of the inspiring stories. Non-political commenters delivered the most fair statement. 


For those who miss the action, for those who care, let's read...


Someone Did Win on July 9th - Charis Ding

I went to the rally as a spectator. I returned a believer. And I had ice cream with the FRU.

How Bersih cleansed my Malaysian soul — Andrew Chee

Neutral voice...


I am not alone — Mohd Rizal Jaafar

When the people took their anger and frustration to the streets, it had to be for a reason. I am sure it must have been the most difficult decision of their lives. They were going to leave their comfortable lives, their families, children and friends behind

Was it worth it? — Abdul Haleem

Was it worth it to join the rally? Definitely, I have no doubt in my mind. I felt a sense of solidarity with all those around me, in a way which is almost unexplainable

The day I lost my fear — Golongan Kiri

I am proud of the fact that I stood at Jalan Pudu that day with my fellow citizens demanding what is rightfully ours. When we sang our anthem there in the face of the riot lines, tear gas and chemical-laced water cannons from the police, it was my proudest moment as a Malaysian.

What’s so “dirty” about Bersih 2.0 rally?

By no stretch of the imagination can this primary objective be considered as being synonymous to breaking the law and pushing the country down a slope to anarchy and disrepute.

The days of gatekeeping are numbered — Alexis See Tho

On Twitter, a popular new hashtag is #bersihstories. Bersih rally participants are still tweeting their experiences and feelings. These include “once I thought migrating would be the only option, now I know running is no longer the agenda, I will stay & fight!” and “A Malay man who opened his hotel room to us as we ran from tear gas attack said, ‘anak muda semua kaum semangat kuat’.”


In pursuit of true democracy — Ron CK Sim

Seeing the scores of brave, unselfish and patriotic Malaysians on the locked-down streets of Kuala Lumpur was a touching moment to behold. They were undeterred by the heavy downpour that greeted them at 2pm.


I am proud to be Malaysian — May Chee Chook Ying

Kakak is in her sixties. She walked slowly, aided by her daughter at her side. There was also a regal-looking Chinese man behind me. He limped along with a walking stick. He could easily have been 70, yet he was unaccompanied. Their courage put me to shame.


Bersih 2.0: Even a four-year-old gets it — Lim Li Ching

Eyes still smarting from the tear gas, legs aching from all that walking, the first thing that greeted me when I reached home was my four-year-old daughter launching herself into my arms. Immediately, all the anxiety and stress fled from me, as cuddles and kisses abounded.
She asked: “Mama, did you go for the march?” 
Surprised, as I had only told her I had gone out to do something important, I answered: “Yes.” Perhaps she had overhead the adults talking.

Monday, July 11, 2011

TEPUK DADA TANYA SELERA

Liputan BERSIH 2.0 berkumandang disegenap sudut cerup peruk dunia. Ada yang pro ada yang kontra. Yang mengecewakan adalah media utama negara sendiri yang melakukan pembohongan melampau. Buat macam semua orang macam orang bodoh. Komen komen pihak atasan negara langung tiada unsur unsur intelek. Kenapa buat serangan peribadi sedangkan BERSIH ini adalah suara rakyat? Kesakitan hati melihat manipulasi media utama yang terlampau belum lagi reda, ditambah lagi dengan komen bodoh. Aku jadi meluat. Sumber yang boleh dipercayai hanyalah video video di youtube. Seharian aku tekun meneroka youtube untuk melihat sendiri apa yang terjadi. Menilai sendiri.

BERSIH 2.0, secara peribadi... aku berasa sangat kecewa kerana tidak dapat hadir untuk sama sama berjuang dengan saudara saudaraku. Jauh disudut hati aku malu kerana orang kurang upaya , warga emas, kanak kanak, kaum hawa pun sanggup pergi... Apakan daya, booking flight aku kene cancel dengan airsia (tak puas hati dengan airasia!) Aku cemburu dengan semua yang hadir. Salute semua yang dah terlepas dari kepompong pemikiran lama. Bukan kerja senang untuk berbuat demikian tambahan lagi untuk menghadapi segala bentuk ancaman dan dugaan dan kesusahan dalam menegakkan pendirian BERSIH.


Kepada anti-BERSIH, Sedarlah... Kekecohan semalam bukan dimulakan oleh peserta BERSIH. Jelas sangat ia dimulakan oleh pihak Polis. Dan tiada pun kelihatan perempuhan beramai ramai oleh perserta BERSIH. Yang kelihatan hanyalah Polis yang merempuh, menembak, menyiram, memukul BERSIH. Butakanlah mata, pejamkanlah minda, tidurkanlah otak, realiti tetap realiti. Jangan tengok media kerajaan, tidak nampakkah pembohongan yang melampau di situ? Berpuluh ribu peserta yang hadir dikatakan ribu sahaja. Kenapa orang media menyiarkan wawancara dengan anti BERSIH sahaja (yang hanya minor di dalam kesesakan jalan raya tu). BERSIH menuntut untuk pengundian dijalankan dengan adil dan telus, tiada undi pos, pakai dakwat kekal, update database pengundi. Apa yang menjadi masalah besar dalam permintaan itu? Kalau ditunaikan permintaan itu, jika majoriti BN, maka BN lah yang layak memerintah. Bukankah itu yang terbaik? Jangan terlalu selesa dengan keamanan sekarang, keselesaan sekarang. Fikirkan masa depan generasi akan datang, anak cucu kita. Buka mata, lihatlah penyelewengan yang berlaku, seperti tiada batasannya lagi. Contoh, peruntukan diberikan sebanyak 1o juta untuk membangunkan sebuah daerah, tetapi adakah 10 juta yang kampung itu dapat? Benda ini kita tidak tahu sebab ia tidak telus. Kenapa ia tidak telus? Tepuk dada tanya selera. Kita ramai ramai kongsi angka 10 juta yang entah berapa sahaja yang kita dapat. MEREKA, 28 juta untuk ubahsuai kediaman MEREKA sahaja. Tepuk dada tanya selera. Kenaikan harga barang kita yang tanggung, cuba tanya MEREKA... Tahukah MEREKA harga sayur, ikan, gula, beras, garam, sekilogram sekarang? Naikkan harga minyak, minta harga barang supaya peniaga tidak naikkan, ini kerja gila. naikkan tarif elektrik minta berjimat elektrik wahal rumah MEREKA sendiri yang pakai duit kita ni sampai berjuta juta bilnya. TEPUK DADA TANYA SELERA. Masih ada banyak lagi penyelewengan yang berlaku tapi cukuplah dengan sedikit fakta itu sahaja untuk mengambarkan keadaan sekarang yang membawa kepada kehancuran anak cucu dan generasi kita yang akan datang.


Ini adalah artikel yang paling komprehensif untuk mengambarkan perhimpunan BERSIH 2.0.
HEBATNYA PESERTA BERSIH 2 !
Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbing masing-masing.

Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka.

Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad.

Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan.

Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000.

Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan.

Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning.

Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka.

Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan.

Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium.

Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu.

Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka.

Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur.

Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap.

Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka.

Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan.

Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain.

Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang.

Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka.

Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam.

Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan.

Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang.

Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30.

Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran.

Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium.

Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook.

Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian.

"Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis.
"Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya.

Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium. - (MSO Melayu)


gambar terbaik dari Al jazeera.







Friday, July 8, 2011

post sempena BERSIH 2.0

Aku tahu setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Memang tidak dinafikan. TETAPI... barang harus diingat, tidak semua pendapat boleh diterima pakai. Contoh:


*situasi di tempat pembesaran ikan yang sudah 3 bulan terbengkalai.
Sudin    : Pada pendapat aku, ikan ni mati bukan sebab tak bagi makan, sebenarnya sebab cuaca sekarang yang sekejap hujan sekejap panas.
Ajis       : Kenapa kau berpendapat sedemikian Sudin?
Sudin    : Kau tengoklah cuaca sekarang... Kejap hujan... Kejap panas... Kita pun boleh demam.
Ajis       : Betul juga tu. Ramlee? Apa pendapat kau?
Ramlee : Aku tak setuju.
Ajis       : Kenapa kau tidak setuju Ramlee?
Ramlee : Orang kalau tak makan boleh mati. Ikan lagi lah. hujan panas orang boleh demam, ikan pun demam je la jika itu yang Sudin maksudkan, bukan mati.


Pendapat mesti disokong dengan fakta. Bukan dengan manipulasi dan provokasi. Pendapat membuta tuli hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri.


Cerita BERSIH 2.0.


Pada pendapat aku, BERSIH 2.0 bagus. Kenapa?


Tujuan himpunan Bersih 2.0 ni adalah untuk menuntut supaya SPR berubah jadi lebih bersih dan telus dan digariskan dalam 5 + 2 tuntutan, 5 tu yang tuntutan himpunan BERSIH pertama dulu yang masih belum SPR tunaikan dan ditambah lagi 2 untuk Bersih 2.0:

  1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  2. Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  4. Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang Tempoh kempen minimum 21 hari
  5. Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya Menghapuskan rasuah pilihan raya
Sefaham aku dari tuntutan BERSIH itu, BERSIH hanya mahukan pilihanraya yang BERSIH. Biar pengundi yang tentukan kerajaan. Kalau ramai yang undi BN, BN lah yang menang. Apa masalah dengan pilihanraya yang BERSIH? Tidak ada kan? Siapa yang tidak suka pilihanraya yang adil? Siapa yang tidak suka pilihanraya yang telus? Orang jenis apa macam tu? 

(dipetik dari muslimeen united)
Dalam banyak-banyak komen pasal Bersih ni, komen dari Muhyiddin Yasin yang paling tepat sekali. Macam dilaporkan Malaysiakini:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini. - 
Mkini.
Untuk BERSIH menang tak kena tapi untuk PAS memang sangat tepat. Tak payah bagitau pun semua orang tau. memang kerja PAS sekarang ni nak tumbangkan Umno BN.

Secara rasminya BERSIH memang bukan gerakan parti politik. Mat Sabu larang bawak bendera PAS, kalau nak bawa bendera pun bawa bendera Malaysia atau bendera negeri. Tapi sebagai pemimpin parti politik dah tentu la Mat Sabu gunakan BERSIH 2.0 untuk kepentingan politik. Dan kepentingan politik paling utama untuk PAS untuk saat dan ketika ni memang la nak tumbangkan Umno Barisan Nasional. 

Nak jalan pintas ke Putrajaya macam mana? SPR tunaikan atau tak tuntutan tu, apa sangat yang PAS boleh buat selain dari tunggu PRU13 dan harap rakyat Malaysia terutama sekali orang melayu ramai-ramai beralih dari mengundi BN kepada PR.


Akhir kata, pengotor memang tidak suka pembersih. Siapa kotor siapa bersih terpulang kepada pendapat masing masing.






والله أعلمُ بالـصـواب





Happenings in our beloved land


Aku copy paste artikel ini dari facebook's wall aku. Renung-renungkan. Sama ada kebetulan atau memang dianalisa dengan mendalam dan menyeluruh, faktanya tetap betul.

Happenings in our beloved land

Written by an enlightened Malay (a market analyst)
The Malays Are Lost And Waylaid - At The Crossroads Of A Malay Dilemma

If you happen to travel around this country and check on the statistics, especially the pasar malam, find out who runs the stalls and their businesses? Check out our beloved Chow Kit Road, and see who owns the thriving commerce? Or visit the Pudu wet market and see who is shouting for customers at 4am (even before the cock crows).


Half the businesses now are with the foreigners, another half with other races, the Malays only have land titles left (especially reserve land of no value). All the GLC's are still in Malay hands, but not for long; otherwise all will be sold off in no time at all.As a people, the Malays are not known for perseverance and enduring commitment.
They have no business acumen. Being entrepreunerial is a steep climb for them and the Malays have no stamina to stomach the strains and stresses. I speak from experience. They are easily swayed by circumstances.
More than half our local workforce are pendatangs (Indons, Myanmars,Nepals, Vietnamese, Banglas!) This country is not only bankrupt as said by Idris Jala, but also - telah dilelongkan.The poorer of the majority Malays left behind will become beggars and mat rempit, mat gian, mat ragut and mat dadah (they are all subsidized by our government funding to buy their No 1 drugs of escapism to run away from a harsh reality - Metadon).Who culled their own Malay race?
Nobody but UMNO-BN itself! I rest my case.

Since 1957 UMNO has effectively carried out the population engineering of our country to ensure its own long-term survival by creating the myth of a two-pronged “Ketuanan Melayu” strategy of mind control.
“Ketuanan Melayu” for the majority Malay masses who are lulled and numbed into a feeling of being superior over the non-Malays because of their demographic numbers; and “Ketuanan Melayu” for the favoured UMNOputra Malay political elites through the accumulation of massive material wealth and power for themselves and their cronies. And while UMNO has failed by almost any measure you chose to gauge them – good governance, ethics or morality – without question they have succeeded too well in the social engineering exercise after the bloody race riots of May 13, 1969.
The duplicity of UMNO in proclaiming 1Malaysia - Satu Bangsa, Satu Negara -while all the while undertaking a relentless program to whittle down the numbers of the non-Malays through a very precise and focused political initiative is breathtaking in its effectiveness!

Consider this -
--  Since 1957: them had passed away due to old age. – 7% of the population are Indians In 2010: -- 12% of the population were Indians

 the Malays will be sleeping the five footways.  shortest duration of time. Even Muhammad Muhammad Taib is no match for him. That's how smart Khir Toyo is. . than 

Of course the Chinese are not a threat - they are just workaholics - they want to create wealth and prosperity so much so that no failures of any kind is going to stop them. Not even the ultra Malay racists spewing blood in their eyes or frothing venom in their mouths. 

It is envisaged the Chinese demographics will dwindle to stabilise at 4% of the overall Malaysian population but their accumulated wealth and economic power will continue to rise to more than 75per cent of the overall GDP of the country. That’s proof enough how steady and influential the Chinese economic stranglehold over the majority Malays will become; and we believe racial hatred and resentment is well likely to remain for the next 50 years. They work hard for the money but we envy them in our idleness.

Whereas the Indonesian newcomers went out to work before you are awake and they are not home yet when you call it a day and go to
bed. Will the majority Malays consider them a threat when they
deservedly find new wealth? The Indonesians respect the Chinese for
their business acumen and diligence. Do the Malays think likewise if
not indulge in unguarded jealousy and envy?

Now the non-Malays are well aware of this tinkering and engineering of
our population and it would do us Malays no good to say that it was
UMNO’s doing and that we had no hand in what happened at the end of
the day. As a Malay I was then comfortable that UMNO was the dominant partner in the Barisan Nasional. It was indeed comforting to know that Malays controlled four of the five major banks. We were also in control of UMBC, MISC and Southern Bank – all previously owned by the Chinese. But seemingly the Chinese-owned Public Bank which is not in our control is moving ahead of the others still in economic prowess and competitive skills. What’s wrong with our control?
Education?
– 144 Indian primary schools closed
48 Chinese primary schools shut down
Between 1968 to 2000: – 
Of the total government budget for these schools, 2.5% were for the
Chinese, 1% for the Indians and 
a whopping 96.5% for the Malay primary schools.
The fact that 2637 Malay primary schools were built between 1968 to
2000 implied that the engineered process of retarding our majority
Malays or bumiputras is getting obvious. At the end of their school
lives, they have nowhere to go except to stay put in this country, as
like idiots they have nowhere else to go because everywhere they are
faced with a serious language problem and a communication breakdown
with others. They will, like it or not, have to support the Ketuanan
Melayu concept to survive for their freebies or welfare.  Petronas petrol stations? We were in control of bus companies. Throughout Malaysia, MARA buses could be seen plying all the routes. Non-Malays were simply displaced by having their application for bus routes and for new buses rejected. Many local Chinese owned bus companies are already kaput in the urban centres. other essential basic items. We were in control of Government contracts of which 95% were given to Malays. business licenses and permits for Taxis and Approved Permits (APs).
Every new housing estate being built had a mosque or a surau. None, I repeat “no” temples or churches were built for any housing estate even if the majority residents are non Malays! We even blare the loudspeakers in every mosque calling for Azan at maximum volume just so to tell the non Malays and non Muslims that we are in control! 
So why with control over all these highly visible entities and business opportunities are the majority Malays still unable to stand tall and with pride over and above the non-Malays? We are unable to so do because it was not the Malays that benefited from these opportunities - only the favoured UMNOputras enjoyed the benefits, and the poorer among the majority Malays were merely taken for a ride as their name were used by UMNO to hijack the national agenda. The Chinese bogeyman and the Malay hobbyhorse work wonders for UMNO to play one against the other in their evil scheme of Divide and Rule to suit their survival plan.

Why must UMNO constantly harped about the need to spoon-feed the majority Malays – about Ketuanan Melayu when it is already in place and about Bumiputra status and all the privileges and rights that goes with that special status? And as a Malay I want to ask the non-Malays why you still chose to live in a country whose racist government has by its actions and deeds done whatever it could to make you not feel welcomed as a Pendatang? The non-Malays I know have all told me the same thing – Malaysia is their country – they know of no other country they can call their own. And so they stay and put up with the abuses and nonsense.

The difference now is that there are enough Malays who are ashamed by the nihilistic antics of this ultra racist Malay political organization call UMNO. There are enough Malays to tell the non-Malays that we feel your pain, too. We understand your frustrations and despair at not being treated as equals in a country you call your own.

You must remember that UMNO will never treat you as equals or partners in progress. They want eveything for themselves. If you are not happy you can get out. UMNO does not give a damn if you're a rocket scientist or Albert Einstein Reborn. If you are non Malay you are 2nd
class pendatang. Remember that well.

And enough non-Malays had migrated abroad to cause our country to understand that their loss is another country’s gain. Singapore gained the most. A loss, which our country can ill afford to sustain in the long run. Only dumb and stupid Malay leaders deny the causes. And more important, all these groundswell of disgust and contempt at UMNO has manifested itself in a way these political idiots cannot understand – losing our votes in the 12th General Elections on 10 March 2008. Say Amen for that. Instead of seeking penance these racist bastards scream for bloodshed and mayhem still.

And so we wait for the 13th General Election in 2011 which we hope will dish out the relevant karma for UMNO and its lameduck Barisan Nasional partners. The stooges and the parasites.

Meantime understand what they have done to us all – not only the non-Malays but also to the Malays and 
do not allow UMNO or Barisan Nasional to play the race card and start their divide and rule antics on us anymore.

You are one with me and we are two.
United we stand divided we fall.
One for all and all for one - is our game plan.

*takut? risau? atau semua ni hanya provokasi politik? Tidak kisahlah apa yang dirasa tapi kebenaran tetap kebenaran. Ironiknya, siapa peduli artikel macam ni? (aku peduli...)


Wednesday, July 6, 2011

لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ


via BlackBerry® smartphone