Friday, September 21, 2012

Tersenyum

Kereta aku masih tersadai kat bengkel. Tak ade duit pun nak repair. Tapi itu tak merungsingkan aku. Aku tau rezeki bukan kt tgn aku. Yg aku mmpu berusaha je. Yg merunsingkan aku... Berape lame aku boleh bersabar dengan permainan orang jahat ni. Kenapelah aku asyik didedahkn dgn game game derg. Aduh...

"Ko bersusah payah selame inikan? Ko tgk skrg..."
"Ko kene main je selame ni.. Aku boleh jamin laaa"
"Weih, ko ni bute hati ke? Ke hati mati?"
"Warna warni hidup ko dah jadi warna dekat tong sampah tu.."

Aku tersenyum...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 20, 2012

Selamat Hari Jadi Aku...

Aku: ma, arini arijadi naha
Ma: doh bakpe?
Aku: wish la ma...
Ma: mu tu hok kene cakap terime kasih kt ma..
Aku:....
Aku: Terime kasih ma sebab melahirkan naha.... Mmuah!

Moral of the story: aku pun anak orang juga rupanya... Hairan dengan orang suke layan orang macam orang lain tak ade mak bapak... Huh..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Underwater Tioman







Wednesday, September 19, 2012

Nampak Macam Senang

Pepatah melayu ada menyebut "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Bila sebut pepatah ni di zaman penuh canggih ni nampak macam kuno. Jarang yang nampak berat bahu memikul, yang nampak lumayan sahaja. Kalau lumayan mula lah hasad dengki. Bila buat sendiri.. Baru tersedar bertapa berat bahu yang memikul. Kalau tidak lumayan? Jangan harap nak fikir kuderat orang tu.

Pepatah melayu juga ada menyebut "ringan sama dijinjing berat sama di pikul". Pepatah ini juga kebanyakan orang sudah mengangap kuno. Sebab itu, yang ringan adalah tolong sikit sikit, yang berat? Silap haribulan tambah lagi pemberat.

Dua pepatah ini datang dalam satu set untuk menunjukan kesinambungan kerjasama dan menghargai. Lihat, bagaimana nenek moyang kita sustain akhlak yang mulia ini.

Nampak macam simple, TETAPI tanpa ITU maka hilanglah keseimbangan sosial malah ekonomi. Pentingkan diri sendiri, hasad dengki, ambil hak orang, keBENDAan dan sebagainya...

Di sinilah banyak orang yang baik pemikirannya tetapi tidak kuat pendiriannya terpaksa jadi kotor untuk meneruskan kehidupannya. Sayang... Seribu kali sayang...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 15, 2012

Benda

Ada juga orang yang sebenarnya hamba material. Aku pun tak sangka, dia so nice, so polite, so so.. Rupanya senang senang je kene umpan dengan kebendaan. Jangan agongkan sangat kebendaan tu. Nanti sampai masa "apa pun tak boleh" baru nak sedar diri... Agak agak benda boleh tolong ke masa tu? Benda boleh ke tolong mandikan mayat?

Memang betul "benda" tu perlu. Tepuk dada... Tanya selera... Sebenarnya perlu ke? Kalau setakat nak menunjuk.. Nak puaskan hati sendiri.. Cuba lihat keliling.. Analisa diri sendiri dulu. Layakkah kita untuk ke"benda"an tu? Orang kita boleh la kelentong. Tapi Allah maha mengentahui. Jangan sampai yang halal jadi haram. Tidak tunggu jadi darah daging baru kene "hukuman".

Tambah pelik sampai boleh pecah belah sesama saudara. Adoi... Weiii... Ingatlah, walaupun pakai kopiah janggut tebal sekali pun, Allah tak pilih... Jangan tengok orang sebelah mata. Kita ada landasan kita dengan masyarakat sekeliling tambah tambah dengan saudara mara sendiri. Walaupun pangkat tinggi, ilmu tinggi, bawakan tinggi... Malu la sikit. Ye? Tolong ye?

Salah tetap salah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Allah

Ketika kita mengeluh: "hmm.. aku lelah sekali."
Allah menjawab: "dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat." (QS. 78:9)

Ketika kita mengeluh: "beratnya cubaan ini, aku tidak sanggup."
Allah menjawab: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…" (QS. 2:286)

Ketika kita mengeluh: "gelisah yaa."
Allah menjawab: "…ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS. 13:28)

Ketika kita mengeluh: "apa yang aku buat ini semua sia-sia?"
Allah menjawab: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (QS. 99:7)

Ketika kita mengeluh: "tak ada seorang pun yang menolong aku."
Allah menjawab: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu." (QS. 40:60)

Ketika kita mengeluh: "aku sangat sedih…"
Allah menjawab: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." (QS. 9:40)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 9, 2012

So true

"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words."


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 2, 2012

kisah seorang manusia dengan seekor pupa

Seorang manusia menemukan seekor pupa kupu-kupu. Dia duduk dan mengamati selama beberapa jam pupa dalam kepompong itu ketika dia berjuang memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian sang pupa berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh pergi lebih jauh lagi.Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Pupa tersebut keluar dengan mudahnya dan menjadi kupu-kupu. Namun, dia mempunyai tubuh yang gembung dan kecil, serta sayap-sayap yang mengerut. Orang tersebut terus mengamatinya, karana dia berharap bahawa pada suatu saat, sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya. Sayang, semuanya tak terjadi.

Kenyataannya, pupa itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap mengerut. Dia tidak boleh terbang. Yang tidak difahami dari kebaikan orang tersebut adalah bahawa kepompong yang menghalang dan perjuangan yang diperlukan pupa untuk melepasi lubang kecil tersebut adalah cara Allah untuk memaksa cecair dari tubuh pupa itu ke dalam sayap-sayapnya. Sedemikian sehingga ia siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang, perjuangan adalah yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ujian, itu mungkin malah melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat yang sepatutnya kita mampu. Kita mungkin tidak dapat terbang.

Kita memohon kekuatan, dan Allah memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita kuat.

Kita tidak memperoleh yang kita inginkan, tetapi kita memperoleh yang kita perlukan.

Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan KEBAIKAN, maka ditimpakan UJIAN padanya." (HR. Bukhari)

UJIAN adalah KASIH SAYANG ALLAH




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 25, 2012

syawal 1433


Wednesday, August 15, 2012

Islam Itu Indah

Allah tdk membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone