Wednesday, October 31, 2012

ada satu bintang ada satu bulan ada satu dunia

Suatu masa dahulu aku pernah menganggap dunia ini satu. Kita semua sama. Susah untuk aku bezakan manusia dengan perbezaan yang sangat ketara. Malah "orang gila" masih ada tempat untuk belas kasihan walaupun harapan tipis. Memang rambut sama hitam hati lain lain. Realigi kehidupan sebenarnya tersangat luas. Lebih luas dari alam semesta. Menjadikan ralat semakin besar. Hati lain lain rupanya ungkapan yang terlalu abstrak. Sejak dari kecil bila sebut hati, aku akan melukis bentuk "love"yang berlainan hanyalah warna... Sebenarnya TIDAK. Hati ada lagi yang menjelma di dalam bentuk lain. Bentuk yang tidak berbentuk, malah warnanya lebih gelap daripada warna HITAM. Walaupun dikategori terpencil tetapi kebarangkalian itu wujud. Dunia memang berwarna warni.

Jika di dalam "kotak hitam" aku dapat menyaksikan kezaliman, kekejaman dan pencabulan moral sosial mahupun landasan agama tahap melampau... Aku tidak pernah menyangka apa yang hanya ada di dalam "kotak hitam" itu ada di dunia realiti Aku tidak pernah menduga apa yang teruk itu mungkin diestrak keluar dari "kotak hitam" dan patinya adalah hitam putih aku. Saat itulah segala lagu dan segala dongeng adalah irama dan gambar jalan cerita realiti aku. Bertemu hati yang bukan berbentuk "love" yang berwarna lebih gelap gelita dari hitam adalah mencabar dengan kadar ekstrem.

Ya Allah... Aku sangat sangat berterima kasih atas badai-badai yang telah mengisi masa silam aku. Membuatkan aku lebih bersedia menghadapi ribut taufan ini. walaupun sauhku terseret sedikit sebanyak, tapi kapal ku masih berada di dalam radius. Masih belum disesatkan.

Terima kasih ya Allah.

Aku masih dapat melihat Bulan yang selama ini aku nampak, aku masih dapat melihat Bintang penunjuk arah walaupun samar samar untuk keluar ke Dunia di suatu masa dahulu. Walaupun aku masih berjalan dalam kekaburan kabus yang cuba menghalang, aku tetap mara ke hadapan. Setiap nafasku mulai berdoa.

Wahai perasuk hati
Wahai pengacau hati
Wahai hati yang tidak berbentuk
Hati yang pelik lagi pekat
Salakan sayu mu pernah aku sambut
Saat kau mendayu dayu aku terpaku
Terdetik rasa kasihan untuk mendampingimu
Kau mulai membuai buai meralitkan sekelian hati
sehingga tidak sedar hanyunan yang semakin kencang
Saat salakan kau mulai memekakkan
aku sudah pun terhenti di puncak
terjun mati
bertahan gayat
dasyat
Dan kau masih menyalak...

Hai hati yang mati...
Siapa tuan mu siapa sekutu mu
kenapa kau berkubur dikalangan BINTANG

Hai hati yang rugi...
Apa pedoman mu apa jalan mu
kenapa kau calarkan keindahan BULAN

Hai hati yang hilang
ke mana kau pergi
Kenapa ada ruang sembunyi mu di DUNIA

Hai hati
Hati hati...
Jangan mati
Jangan rugi
Jangan hilang
Satu persatu apa yang masih berbentuk hati..



*bahasa kelam kelibut weiii... aku pom kurang paham neh! cerita appa ni?






Sunday, October 28, 2012

3 hal...

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak akan kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemauan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

Tapi, ada 3 Hal dalam hidup yang pasti, yaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 27, 2012

Little thingy

It's the little details that are vital. Little things make big things happen...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bunyi Ombak

Tanda tanda monsun dah nak sampai. Bunyi ombak kedengaran dari rumah aku. Hempasan hempasan ombak ke pantai yang bermelodi trash menandakan gelombang gelombang yang semakin membesar di tengah laut... Apa aktiviti musim monsun nanti ye?

Ah, Kereta TT masih di KL.. Hmmmmm... Ntah bila la aku boleh pergi ambil kereta aku ni. Lama sangat dah tersadai kat KL.. Damn..

Huh. Buat kusut je.. Baik aku pejam mata, hayati bunyi ombak dan rasai gegarannya.

Irama alunan mengulit tidur...

Selamat beristirehat alam!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 26, 2012

Bintang Hati di Hari Raya Haji

 mek cha the drama queen
mat jack the sparrow
 dedek the duck
the sweetheartS

It's alright...

The rain maybe falling hard outside, but your smile make it alright...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

coming soon


Tuesday, October 23, 2012

contoh bakar rokok dengan kek


Sunday, October 21, 2012

si hitam dan si puteh


mari membalut di kopitiam











Sesi menampal lubang lubang di paru paru dengan tar...



*tembakau "Kota Sarang Semut" memang sedap wei!!! hahaha..

Saturday, October 20, 2012

the used to be...



blues ular sawa


lagu kotak kotak



:)

terapi...



*orang zalim jangan layan lagu ni! ni semangat untuk "kami-kami" sahaja...

gambaran di perhentian...


 briefing dulu...
pack gear
 naik bot
 gi cari kawasan (unknown, cuma ada gps point je.. echo sounder nak tau profile bottom surface.. lain lain gamble..)
 siap siap
 turun dengan otai otai
 visibility less than 1 feet!
mid water, 18meter... air dah gelap gulita
 bole la.. haha

misi berjaya, tukun pun jumpe... berite gembira utk SIRIM sbb tukun dier diverse gile! soft coral bersepah! gua suspek tempat ni sepatutnya cantik dan terang. tapi memandangkan kami turun dive time awal monsun (gelombang dekat 3 kaki kt surface, arus boleh tahan, hujan.. n matehari x kelua.. botman pun risau takut dier mabuk) gua dah xsaba nak tunggu monsun abeh nak revisit. gua yakin tempat ni sgt cantik! sape nak ikot? reserve bln 4 tahun depan cepat2!... hahaha

*tapi balik muke bertanda.. dan kepala berdenyut.. hidung tetap berdarah.. bab hidung berdarah tu jadi trademark da kot lepas ni.. huhu

aku dah balik



balik bawak tande!! bile nak ilang ni.. apa pom tabole kalau kepale berdenyut!!! nyut nyut nyut..

*ade orang gatal nak kawin? kalau dah sedia kawin lah.. kalau tak... selesaikan mana tak siap lagi tu... tak kan nak pisang berbuah 2 3 kali kan?

Thursday, October 18, 2012

Cakar ayam perhentian

Semalam lepas subuh gua gerak g perhentian. Cuaca sangat cantekk. Matahari, air laut tenang, angin sepoi sepoi je. Memang perfect.

1st dive, gua turun dengan Madi. 10meter je.. Bottom time 51min. 51min tu dalam selut. Huhu. Viz teruk rupanya kat bawah laut. Huhu. Potong stim betul! 3 cluster, siap sesat cari cluster yang no 1. Haha.

Tapi dasar laut 'sokmo' ofer something interesting. Sempat jugak gua jumpe lion fish, moray eel, stingray... Senang cerita 51min masa gua free kat bawah tu. Appa pun masalah tak masuk otak gua. Gua syok.

2nd dive gua turun dengan sham. Madi gua tinggal je tidur kat dalam bilik. Hahhaha.. Adat selam dalam selut. Sesat perkara biasa. Kami sesat lagi! Hahaha..

Hari ini... Dari seawal subuh, hujan tak pandai berhenti. Gua ambil peluang ni untuk pampered diri gua dengan bersantai. Siap order 'pulut gaul nyior' dari kuala besut yang sampai sekarang tak sampai sampai lagi. Adoi...

Gua ok.

*hari ni dive kat open sea. Estimate depth 20meter. Current unknown, viz unknown, job scope depend on situation.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 16, 2012

Sua suwei

Aduh... Kene kacau lagi.. Tu la... Sape suh menyibuk! Kan dah makan hati... Mane suis niiiii... Wei!!! Tak de suis ke yg aku boleh off kan sume ni??? Circuit breaker ke...

Ikutkan hati, nak je aku melantakkan semuanya..

Ya Allah.. Tunjukkan aku...

Selemah lemah iman, tegur dengan hati.. Aku tak nak jadi orang yang lemah!

Wahai hati, mmg susah manusia nak memahami mu. Kadang2 tuan kau sendiri tidak memahami apa yang kau mahu. Apatah lagi orang luar selain tuan kau. Bersabarlah hati. Bersabarlah.. Kalau kau sakit, tuan kau berkali ganda sakitnya.

Aku nak yang terbaik, kalau tak boleh bagi yang terbaik tapi usaha ke arah terbaik sudah dikira baik...

Hmmmmmmmmm...

Ok.. Gua blogging tunggang terbalik.. Haha... Ini blogging gagap namanya.. Tekan keypad pun mcm nak pecah.. Kacau.. Kacau...

*esk dah nak stat keje kt perhentian. Dive plak tu.. Nnt patut tulis name spisis ade jgk gua blogging underwater...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 15, 2012

Subject to change

I still miss you, maybe even still like you, but I'm done chasing you....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 14, 2012

Pelanduk

Hari ni bawak student UMT pergi Pulau Bidong. Dalam 30 orang.. Ade pulak sorg ni.. Muka n fizikal sebijik DIA! Aduh.. Bleh jadi gile bayang kalau macam ni... Dah on the way balik aku dalam blues.. :) harap DIA ok je... Watpe tu? Best Langkawi?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nampak tak?

Di saat ada orang sedang berkerja keras membanting tulang, ntah ok ke ntah sakit, kita ada masa melayan diri sendiri, memanjakan diri sendiri, mempedulikan apa yang kita rasa patut dipedulikan apa yang membahagiakan kita... Nampak tak? Perbezaan yang ketara bukan?

jadi bagaimanakah caranya?

Learning process may be very painful, the "may" obviously come from the nature of us.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 12, 2012

Short Notice

Have Fun!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 11, 2012

mari jam jom!





Intro: Cm G# A# Cm G# A# Cm
Cm

Kini kau tiada

G# A#

Senafas pun ku perlu mencuba

Cm

Kau bawa pergi

G# A#

sebahagian dari jiwa raga
Dm G C

Bersendiri hidup umpama hilang erti

Cm B G

Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Cm Fm A# D#

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

G#

Tunjukkan di mana

Fm G Cm C

Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Fm A# D#

Apabila tiba waktu bersemuka

G# Fm G G#

Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta

A# Cm

Dengan bayangmu di minda
Cm G# A#

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh

Cm G# A#

Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Dm G C

Bersendiri masa umpama tak beralih

Am D G

Berapa lama lagi harus ku merintih
Am B G

Malam tidak berpurnama

Gm C F

Fajar tiada kejora

Fm G Cm F

Aku hilang di dalam gelita kalbu

Fm G

Tanpa dirimu asaku mati

Wednesday, October 3, 2012

layanan...


Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan