Wednesday, August 24, 2011

Menunggu kapal terbang.

Aku menulis catatan ini sementara aku menunggu kapal terbang untuk pulang ke kampung halamanku. Kapal terbangku dijadualkan berlepas lewat 10 minit iaitu pukul 940. Aku pula sudah tiba di Lapangan Terbang Tawau sejak dr pukul 6 lagi. Semangat tak?

Sementara menunggu, aku terfikir... Hidup ini sebenarnya asasnya menunggu. Banyak kita tunggu. Tunggu gaji, tunggu habis waktu kerja, tunggu kawin, tunggu dapat anak, tunggu orang, tunggu rancangan television, tunggu kapal terbang macam aku sekarang ini, tunggu itu, tunggu ini. Patutlah dalam islam sabar itu separuh daripada iman. Mana tidaknya, menunggu memerlukan kesabaran. Penungguan itu pula adalah kerja harian kita. Hampir setiap masa kita menunggu. Hampir setiap detik kita menunggu. Pasti ada sahaja yang kita tunggu. Kesabaran juga selalu menduga penungguan. Lagi lama kita menunggu, lagi kuat dugaan yang datang.

Pada pengamatan aku, menunggu boleh diketegorikan kepada 2. Menunggu yang pasti dengan menunggu yang tidak pasti. Aku yakin semua orang terjebak dengan kedua duanya. Bagaimana kita menghadapinya? Di sinilah kesabaran sangat penting. Banyak langkah tersilap kerana kesabaran.

Sempena bulan Ramadhan ini, aku ingin sekali menyeru kepada semua termasuk diri aku sendiri untuk lebih bersabar. Dalam tidak sedar, menunggu waktu berbuka puasa adalah latihan kesabaran. 30 hari kita mempraktikkan diri kita untuk bersabar, apa kata kita terapkan latihan itu ke dalam kehidupan kita seharian. Sedikit demi sedikit. Ayuh!!

*bila nak berlepas ni....




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 21, 2011

the new comer


the big sister

the twins
 
the twins again

and the little one


*Gee cemburu gila... hehehe

Thursday, August 18, 2011

Wisdom Discovery

Honesty is the first chapter in the book of wisdom.

But...

Careless words may kindle strife. Cruel words may wreck a life. Timely words may level stress.

Still...

Loving words heal and bless.

But...

If people say something bad against you, don't be offended. Remember: "A dog doesn't bark if he knows the person!"

Still...

A kind word can be uttered in a few seconds, yet its effects last a lifetime.

So...

Starve your ego, feed your soul.

And...

Be good, do good, feel good!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 16, 2011

pemecahan rekod ramadhan aku kali ini.

Sebenarnya tiadalah sehebat tajuknya pun. Sekadar ingin berkongsi tragis yang sejak awal puasa lagi, aku tidak pernah berbuka atau bersahur secara berjemaah. Selalunya aku hanya berjemaah dengan Gee si kucing. Tapi pagi ini secara tidak dirancang sama sekali aku telah bersahur dengan jiran aku. Ini semua gara gara jiran aku terbaca status di Facebook aku yang bertulis " ya Allah... Lupa beli minyak masak.. Mkn nasi kosong la sahur pagi ni..." lantas mengajak aku untuk bersahur di rumahnya juga melalui Facebook. Jadi dengan rasminya, dara aku bersahur keseorangan telah pun dipecahkan. Macam mana dengan berbuka? hehe.. aku pun tak tahu lagi apakah jalan cerita yang telah tertulis untuk aku. Terima kasih cikgu untuk hidangan yang mudah tetapi menyelerakan itu.

melepasi danum melewati kinabalu

Route: Semporna - Kunak - Lahad Datu - Kinabatangan - Beluran - Telupid - Ranau - Nabalu - Kundasang - Tamparuli - Tuaran - Sepanggar - Kota Kinabalu - Sepanggar - Tuaran - Tamparuli - Kundasang - Nabalu - Ranau - Telupid - Beluran - Kinabatangan - Lahad Datu - Kunak - Semporna.
Departure Time and Date: 1430hrs on 12th August 2011
Arrive Time and Date: 2230hrs on 13th August 2011
Duration: 32 hours
Weather : 50% heavy rain 50% normal
Vehicle Type: Isuzu D-Max
Purpose: Routine hatchery monitoring (brood stock health check)
Accompany By: None
Road Condition: Full of surprises.
Comment: Kerja gila.

Wednesday, August 10, 2011

Yusof Islam/Cat Steven - Wild World

salah satu lagu evergreen aku...



Now that I've lost everything to you
You say you wanna start something new
And it's breakin' my heart you're leavin'
Baby, I'm grievin'
But if you wanna leave, take good care
I hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you a sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

Baby, I love you
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

Tuesday, August 9, 2011

judge mental

Aku tertarik dengan video vblogger matlutfi (tertengok video yang adik aku share kat Facebook) yang bertemakan judgmental. Kenapa tajuk aku lain? Sebab yang aku nak olah secara umum ini adalah golongan judge mental, iaitu extremist judgmental. (hehe.. pandai pandai je aku.. haha.. lantak situ...)

Memang lumrah manusia mesti akan judgmental, termasuklah aku. Yang membezakan ialah tetapi positif ke negatif? melampau ke tak? Yang menjadi isu aku sekarang ini ialah golongan judge mental. Puak pelampau ini selalunya tidak masuk akal judgement yang mereka buat dan sekali gus meletakkan diri mereka sendiri digolongan mental. Golongan inilah yang kebiasaannya kita lihat akan menghancurkan hidup orang lain. Setiap statement pasti akan berlandaskan nafsu serakah dan hati yang berbau sampah. Agenda mereka tidak diketahui secara jelas tetapi yang pasti mereka seronok dan yang lebih parah "tidak tahu erti penyesalan". Tomahan kadang kala dilemparkan secara bersahaja seperti tiada batasan yang perlu diikuti dan ditakuti. Golongan ini tidak terbatas kepada yang cetek akal sahaja, bahkan golongan cendikiawan dan bijak pandai juga. Mereka ini kalau dikecam, mesti ada sahaja jawapan yang bodoh bodoh bagi yang cetek akal dan fakta fakta yang diubahsuai bagi yang bijak pandai. Ironiknya, jika terkena pada batang hidung sendiri latahnya juga mental dan masih juga tiada penyesalan bahkan seperti pengajaran buat mereka ini untuk memantapkan lagi sensor judge mental mereka. Shit!

Walaupun golongan ini minoriti dalam masyarakat yang bermoral kita ini, jangan ambil mudah. Kerana golongan inilah yang menjadi penyebar penyakit jiwa yang serius. Wabak atau epidemik daripada golongan ini boleh berjangkit dengan cepat dan boleh bertukar menjadi pendemik jika tidak divaksin secepat mungkin. Vaksin untuk wabak ini belum diketahui secara khusus, tetapi harapan boleh diberikan kepada pemikiran yang lebih positif dan kurangkan pergaulan dengan pengumpat. Kerana matching DNA yang paling kuat wabak ini adalah daripada ibu segala pemburuk sangka iaitu pengumpat. DNA yang diwariskan oleh syaitan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi atau lebih lama lagi dari itu.

*Aku dah banyak kali terserempak dengan golongan ini. Teruk aku kene. Sempena bulan mulia ni, marilah kita sama-sama berdoa supaya kita tidak terkena wabak judge mental ini dan mintak dijauhkan dari terkene cebisannya.


اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ

وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ

"Ya ALLAH, aku berlindung kepada MU dari azab neraka jahannam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah al-masih ad-dajjal."

...amin

Friday, August 5, 2011

Coretan aku pada 5 Ramadhan 1432 Hijrah

Sejak 1 Ramadhan lalu...

berbuka puasa seorang,
sahur juga seorang,
pergi pasar ramadhan seorang,
memasak seorang untuk seorang makan,

nasib baik ramai orang terawih sesama,
nasib baik ada Gee,
nasib baik ada Cikgu dan Ustaz datang menjeguk sekali sekala.

Alhamdulillah...

SIAPAKAH YANG MENYAHUT RINTIHAN DERITA INSAN?


Dipetik daripada tulisan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?
Jiwa Hambar
Bagi jiwa insani yang renggang dari Tuhan, jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dirasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya.
Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Tergantung dengan yang lemah sepertinya. Berpaut pada yang rapuh kerana disangkakan kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa bahawa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. Allah mengingatkan manusia tentang hal ini dengan firmanNya: (maksudnya)
“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).
Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan.
Jiwa Mukmin
Adapun jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)
“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).
Demi sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Jarak antara bumi dan langit amat jauh. Masih tidak dapat dihitung oleh manusia. Namun, jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.
Tidak Menolak Ikhtiar
Bukanlah bererti insan yang bergantung kepada Allah itu menolak pertolongan makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah. Namun, segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan jiwa dan ruh yang sentiasa bergantung dan menyeru Allah. Pertolongan makhluk hanya ‘sebab’ yang berlaku atas kehidupan duniawi, hakikatnya daripada Allah S.W.T. Al-Hafiz Ibnu Kathir (meninggal 774H) dalam tafsirnya, menyebut riwayat dari Wahab bin Munabbih (tabi’i, seorang yahudi yang telah menganut Islam) pernah berkata:
“Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu, bahawa Allah berfirman: “Demi kemuliaanKU, seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya, bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang denganKU, sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar. Sesiapa yang tidak berpegang denganKu, maka sesungguhnya AKU boleh tenggelamkannya ke dalam bumi di bawah kedua kakinya, AKU jadikan dia di awangan (tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/422. Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub).
Maksudnya, dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya, dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba yang berpaling dari memanggil kebesaranNya.
Doa Yang Ikhlas
Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. Betapa ramai yang lidahnya menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut.
Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNya. Ini yang disebut oleh Nabi s.a.w:
“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).
Jika insan ikhlas dan membulatkan pergantungan kepada Allah, Allah menerima harapannya, sekalipun dahulunya dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan pun, Allah tetap akan mendengar rayuan. Dengan syarat dia hendaklah penuh ikhlas kepada Allah ketika doanya. Al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsir ketika menghuraikan firman Allah tadi: (maksudnya)
“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”, dia berkata: “Allah menjamin menyahut orang yang kemudaratan apabila dia berdoa kepadaNya. DIA memberitahu mengenai diriNya. DIA menerima doa orang yang dalam kemudaratan sebabnya keadaan doa ketika dururat (kesusahan yang amat) itu terbit dari keikhlasan, terputus hubungan hati sanubari dengan selain Allah. Bagi keikhlasan itu suatu kedudukan dan jaminan di sisi Allah. Ini boleh ada pada orang mukmin dan kafir, yang taat dan yang jahat.
Persis seperti firman Allah: (maksudnya) “Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut; sehingga apabila kamu berada dalam dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya, dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah angin ribut yang kencang, dan datang pula kepada mereka ombak dari segala penjuru, dan mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami akan menjadi orang-orang Yang bersyukur” (Surah Yunus, ayat 22).
Firman Allah juga: (maksudnya) “Maka apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan mereka mengikhlaskan kepadaNya agama, kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka melakukan syirik kepadaNya” (Surah al-Ankabut, ayat 65).
(kata al-Qurtubi lagi) “DIA menyahut doa mereka ketika darurat dan berlakunya keikhlasan mereka, sedangkan DIA tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 13/223. Beirut: Dar al-Fikr)
Fitrah insani akan memanggil Allah dengan penuh ikhlas apabila dia dalam kesusahan. Sehingga ada yang pernah kufur dan sesat akan kembali ikhlas memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila dia terdesak –seperti al-Quran gambarkan di atas-. Bagaimanakah seorang muslim gagal untuk mengikhlaskan jiwa memanggil Allah dengan penuh keikhlasan pabila dia dalam kemudaratan?! Bagaimana mungkin insan mencari ‘kabel’ atau saluran pertolongan, merayu dan merintih, mengharap dan meminta kepada selain Allah apabila dia ditimpa kesusahan? Jika dia menyeru Allah dalam kesusahan, mengapakah pula dia gagal mengikhlaskan tauhid dan pergantungan kepadaNYa? Sedangkan Allah menjamin untuk menerima doa penuh ikhlas tanpa syirik daripada hamba-hambaNya yang dalam kemudaratan. Siapakah lagi yang dapat mendengar rintihan kesusahan ini? hanyalah ALLAH, tiada sekutu bagiNya.

Thursday, August 4, 2011

Jack


miss him...