Friday, April 29, 2011

betol ke salah

Sumpah aku sekarang tak tau macam mana aku nak bezakan semua ni. Dunia terlampau tunggang terbalik. Aku berfikiran positif dalam semua aspek, aku pilih jalan yang betul. Aku mintak tunjuk ajar dari orang yang betul. Aku buat betul tanpa dapat disangkal. Tetapi, kebetulan itu betul betul dianggap kebetulan. Alih alih layanan yang aku dapat sangat sinis. Tolonglah wahai dunia, aku sekarang antara larat dengan tak larat untuk menghadapi semua ini. Kalau yang ini aku gagal. Aku pun susah nak percaya yang mana betul yang mana salah. Terlampau pelik untuk aku analisa dimana kesalahan aku yang besar sampaikan aku dipersalahkan dari hari ke hari. Aku hendak melenting, aku nak menegakkan hak aku, nilai moral orang dengan aku semacam dah rendah gila. Aku dilayan semacam anjing kurap yang mintak makanan sana sini, dipandang pun tak ada selera. Kesabaran aku betul betul dicabar. Aku tak mintak lebih, tolonglah faham aku... beri aku sokongan... aku tidak buat untuk aku seorang... terlalu banyak untuk aku ungkitkan kalau aku nak. Tetapi, untuk sebut satu per satu pun aku tak larat. Tak perlu penjelasan pun. Aku dah buktikan satu per satu. Kenapa dalam banyak banyak kebaikan tu, sekecil kecil kesalahan aku tu yang dihebahkan? Dibesarkan. Dipupuk. Apa yang sedang terjadi sebenarnya? Sekarang aku berserah. Aku tahu... kalau orang dah tak suka, aku menyalaklah selantang mana, orang hanya akan anggap aku sebagai anjing.

Berani kerana benar hanya untuk orang yang tahu malu, tahu menilai betul dan salah... dunia aku macam tiada benda ini. Mungkin terlalu gelap hati dengan benda benda haram.

Aku masih bertahan. Walaupun matlamat hidup aku semakin hari semakin kabur, aku masih ada kepercayaan itu padanya. Aku tak nak terburu buru. Aku menunggu kata putus... untuk aku teruskan jalan mana yang aku nak ikut...

Bermasalah? Kesunyian? Resah? Rasa ditipu? Rasa bersalah? Susah hati? Tak tahu nak buat apa? :) percayalah, ape yang aku rasa berkali ganda hebatnya.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 28, 2011

antara larat dan tak larat

Antara betul dan salah
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, April 11, 2011

they didn't know...

if they know...
it's hard to digest neither...



just forgive them for your peace of mind...