Saturday, December 11, 2010

iphoneography


Sejak  dua menjak aku ketiadaan DSLR, aku banyak ambik gambar pakai iPhone aku. Gambar? ok la... Menyedari hakikat yang aku memang ketagihan ambik gambar, aku cuba untuk menghasilkan gambar yang sedap mata aku memandang dengan menggunakan iPhone. Memang tidak dinafikan, kualiti gambar hasil dari iPhone tidaklah sebagus DSLR, tapi it got the job done. Gambar RAW (bukan dalam format RAW macam DSLR tu, tapi jpeg yang fresh from the lense) memang tidak best dipandang, jadi aku cuba download beberapa free apps untuk proses gambar tu. Result? Aku pun terkejut. Korang usha lah sendiri kat SINI. Apps yang aku guna ialah adobe PS Express (macam photoshop di PC), Photostudio, Autostich (yang ini untuk menghasilkan gambar panorama), Diptic, ColorSplash, Best Camera (apps yang chase jarvis guna di iPhone dia), TrueHDR(buat gambar HDR ni beb), NightShot, Hipstamatic (untuk menghasilkan gambar seperti  hasil dari kamera filem) dan Chromacam (apps ni paling best!). Bertambah best iPhone photography ini ialah kerana semua gambar adalah di touch-up menggunakan iPhone tu sendiri. Tidak perlu menggunakan PC atau pun Laptop. Yang lagi best, semua apps tu ada kat apple apps store dan semua itu adalah free! Sebab aku guna yang free version. hehehhehe...

*kalau ada sesiapa yang telefon aku lepas tu aku rejact call cepat-cepat, maknanya aku tengah guna iPhone aku la tu... Harap Maklum... hehehehe

Thursday, December 9, 2010

ermmmm...







pada suatu hari nanti...

berkarya dengan iphone










Sunday, December 5, 2010

Ribut di pulau silangan recorded on iphone

Berperahu bersame joni dan din

Tg kapur to silangan



1st trial aku dengan iphone dan edit pki imovie kt dlm iphone

Saturday, December 4, 2010

banyak betol masalah... lepas satu.. satu datang...

SEMALAM AKU DIKEJUTKAN DENGAN BERITA SANGKAR LOBSTER AKU DAH PECAH... APALAH NASIB... SEKOR PUN DAH TAK ADA. TERMASUK LA KERAPU TIKUS DAN KERAPU LICIN YANG MENETAP DALAM SANGKAR TU JUGAK. HMMM.. KALAU DAH BUKAN REZEKI TU.. DAH ON THE WAY MASUK MULUT PUN BLEH JATUH.

ps:
kepada encik ikan baracudda, lepas ni janganlah langgar lagi ye sangkar aku.. dah rugi besar dah aku ni...